Hipokritnya Rafizi, redah banjir bawa fitnah

Hipokritnya Rafizi, redah banjir bawa fitnah

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli didakwa hipokrit kerana terus menggerakkan trak Ayuh Malaysia ketika Johor dilanda musibah banjir.

Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi membidas tindakan Rafizi itu kerana sebelum ini beliau menuduh UMNO tidak bimbang ancaman banjir sehingga mendesak pembubaran awal Parlimen dan sanggup meredah banjir demi kuasa.

Tetapi kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu bahawa Rafizi lupa kempen traknya itu bermotifkan politik kuasa. ”Itu kempen apa? Kempen politik. Kempen untuk apa? Sudah tentu untuk menang PRU dan dapat kuasa. Hipokritnya Rafizi,” katanya yang mengulas tulisan Rafizi dalam Facebooknya.



Dalam Facebook itu, Rafizi menulis: “Hujan tak berhenti sejak pagi tadi. Kalau berterusan sejam dua lagi, akan ada tempat yang kena banjir kilat”.

Soal Mohd Puad, ketika banjir melanda Batu Pahat, ada trak Rafizi datang membawa bantuan untuk mangsa banjir. ”Traknya datang bawa fitnah,” ujarnya.

Sedangkan menurut Mohd Puad, orang UMNO sanggup meredah banjir untuk membantu mangsa. Tetapi Rafizi yang sanggup redah banjir kerana traknya waterproof bukan datang membawa bantuan tetapi sarat dengan cerita bohong. MG

Hipokritnya Rafizi, redah banjir bawa fitnah




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker