Pertemuan pertama PM Ismail Sabri dan Presiden UAE Sheikh Mohamed

Pertemuan pertama PM Ismail Sabri dan Presiden UAE Sheikh Mohamed

ABU DHABI: Buat pertama kali, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang baru dilantik pada 14 Mei lalu susulan pemergian bekas pemimpin Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan.

Pertemuan selama 30 minit itu diadakan di Istana Presiden pada hari pertama lawatan kerja Perdana Menteri ke UAE yang bermula Isnin.



Kedua-dua pemimpin itu membincangkan cara untuk mengukuhkan hubungan dua hala yang terjalin sejak 40 tahun lalu, serta idea untuk bidang kerjasama baharu seperti keselamatan makanan dan tenaga boleh diperbaharui.

Ismail Sabri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada pagi Isnin untuk lawatan kerja selama empat hari.

Pada hari kedua lawatan kerja Perdana Menteri, beliau dijadual menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara Ranhill Utilities dan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC – MASDAR di ibu negara.

Lawatan kerja ini diadakan selepas lawatan selama tiga hari ke New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77.



Ini juga merupakan lawatan kedua ke UAE sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada Ogos 2021.AA

Pertemuan pertama PM Ismail Sabri dan Presiden UAE Sheikh Mohamed

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker