Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah

Keadaan khemah tersebut selepas disambar petir. – Tribunnews

JAKARTA – Malang tidak berbau buat sepasang kekasih yang berdua-duaan di dalam sebuah khemah di wilayah Banten apabila disambar petir sehingga meragut nyawa salah seorang daripada mereka, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Kejadian pada Jumaat lepas itu dilaporkan berlaku di sebuah lokasi pelancongan popular di Bukit Waruwangi.

Berdasarkan maklumat yang tular di media sosial, pasangan lelaki dan wanita itu membina khemah di bawah pokok sebelum hujan turun dengan lebat dan disertai petir.

“Menurut keterangan saksi, kira-kira pukul 11.30 pagi (waktu tempatan), mereka terdengar bunyi dentuman petir di sekitar khemah mangsa.

“Apabila menghampiri khemah tersebut, saksi mendapati ia sudah rosak.

“Selepas diperiksa keadaan di dalam khemah, seorang lelaki dan wanita ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kedudukan terlentang,” kata Ketua Perhubungan Awam Polis Cilegon, Iptu Sigit Dermawan.

Seorang daripada mangsa dilaporkan cedera, manakala seorang lagi maut di tempat kejadian. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker