Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno mempersoal tindakan menteri-menteri Bersatu yang tidak membawa cadangan presiden mereka yang diputuskan Majlis Pemulihan Negara (MPN) ke dalam mesyuarat Kabinet.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Zahidi Zainul Abidin, mempersoal perkara itu susulan kritikan Pengerusi MPN Muhyiddin Yassin terhadap Putrajaya yang membidas kelewatan pentadbiran Ismail Sabri Yaakob bertindak ke atas beberapa cadangan MPN.

“Kita musykil sebab ada menteri daripada Bersatu. Kenapa menteri Bersatu tak bawa benda ini dalam Kabinet, adakah mereka tak sokong pendapat Muhyiddin Yassin,” katanya kepada FMT.

Menurut Zahidi lagi, Umno akan menyokong sekiranya cadangan yang diusulkan itu baik untuk rakyat, bagaimanapun di masa hadapan, perkara itu perlu diwar-warkan kepada umum.



“Jadi pada masa depan ini, jika apa-apa cadangan yang memerlukan bantuan atau sokongan MT Umno dan sokongan Ahli Parlimen, (Muhyiddin) buat kenyataan media.

“Beritahu cadangan apa, jadi senang kita sokong kalau Putrajaya lambat, kita sokong untuk dipercepatkan supaya sama-sama membantu cadangan yang baik dari MPN,” katanya.

Di sebalik tuduhan MPN tidak berfungsi dengan baik dalam memacu pemulihan, Muhyiddin menjelaskan cadangan dikemukakan untuk kelulusan Jemaah Menteri menerusi memorandum pada 18 Mei, berkenaan menangani masalah aliran tunai dan pembiayaan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS).

“Ia termasuk cadangan spesifik membenarkan bank meneruskan program moratorium untuk PMKS,” katanya.



Bagaimanapun, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hanya memaklumkan pada bulan ini bahawa beliau akan membincangkan perkara itu dengan kementerian berkaitan sebelum membuat keputusan.

Secara keseluruhan, MPN mengemukakan 95 saranan untuk dipertimbangkan pentadbiran Ismail, dengan 69 daripadanya membabitkan isu sosio-ekonomi dan 26 berkaitan tadbir urus, katanya.

Daripada 86 saranan yang telah diluluskan, hanya 16 saranan telah dilaksanakan sepenuhnya, 30 sedang dalam proses pelaksanaan, manakala 14 masih belum dilaksanakan.

Sementara itu Naib Presiden Umno Khaled Nordin berkata Muhyiddin berhak mengemukakan pandangan namun ia bergantung kepada kerajaan untuk mempertimbangkannya.



“Kerajaan mempunyai pelbagai aspek yang harus diambil kira. Hanya kerana cadangan tersebut datang dari MPN maka tidak semestinya dilaksanakan secara automatik,” katanya.

Menurut Khaled lagi, Muhyiddin harus bertindak dalam semangat kolektif kerana beliau adalah sebahagian dari kerajaan sambil menambah “sikap menuding jari ini jelas menunjukkan beliau hanya mampu menyalahkan orang lain atas kelemahan cadangan dan hasil kerjanya”.

Khaled juga percaya anggota kerajaan sedang cuba memberi yang terbaik dalam berhadapan dengan masalah negara.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker