Pemandu lori panas baran dicekup dera anak kembar

KLANG – Sikap panas baran seorang pemandu lori sering dera dua anak kembarnya hanya kerana kanak-kanak tersebut sering merayau dan lewat pulang rumah membawa padah apabila diberkas polis semalam.

Suspek warga tempatan berusia 44 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 7.30 malam di sekitar rumah mereka di Jalan Bendahara 8 Taman Sentosa di sini selepas menerima laporan polis daripada isteri suspek.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian dikatakan berlaku pada 20 September lalu apabila pengadu ketika berada di rumah mereka melihat suaminya memukul dua anak lelaki kembarnya berusia 11 tahun.



Katanya, suspek telah bertindak menampar dan dan menumbuk muka serta badan mengunakan tangan terhadap kedua-dua anaknya itu.

“Isteri suspek cuba menghalang namun turut dipukul lelaki itu sebelum membuat laporan polis.

“Hasil siasatan mendapati suspek seorang yang panas baran dan sering memukul kedua-dua anak kembarnya sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, terdapat kesan kecederaan lama ditemui di badan kedua-dua mangsa akibat dipukul oleh suspek.



Ujarnya, bagaimanapun tiada sebarang rawatan atau laporan polis dibuat berkenaan kejadian tersebut sebelum ini.

“Motif kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang didakwa sering keluar merayau dan pulang lewat ke rumah.

“Hasil siasatan turut mendapati suspek adalah bapa kepada lima orang hasil perkahwinan dengan isterinya,” jelasnya.

Hoong Fong menegaskan, semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah dengan suspek kini direman selama empat hari.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi kesalahan penderaan terhadap kanak-kanak,” katanya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi



Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker