Pelajar junior dakwa diliwat ‘Gemuk’ di bilik asrama

Pelajar junior dakwa diliwat ‘Gemuk’ di bilik asrama

ALOR SETAR: Kerana nafsu, seorang remaja lelaki sanggup ‘berkurung’ hampir dua jam dan meliwat pelajar junior dalam bilik asrama sebuah pusat pengajian di Langkawi, dekat sini, awal pagi Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun pada mulanya berada dalam bilik asrama sebelum seorang daripada pelajar senior yang dikenali sebagai ‘Gemuk’ memanggil dia ke biliknya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, remaja itu yang masuk ke bilik berkenaan kemudian dikilas tangan oleh suspek berusia 19 tahun sebelum dia didakwa menjadi mangsa liwat pelajar senior terbabit.



“Hasil siasatan awal, kita mendapati mangsa membuat laporan berhubung kejadian kerana mahu kejadian menimpa dirinya diambil tindakan oleh polis selain untuk pemeriksaan di hospital.

“Mangsa dalam laporannya juga turut mendakwa yang kejadian itu (liwat) berlarutan sehingga dua jam,” katanya.

Beliau berkata, susulan laporan itu, polis menahan suspek jam 8.15 malam Isnin lalu dan kes masih disiasat mengikut Seksyen,14 (d)Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Kita akan menumpukan siasatan secara menyeluruh dan meliputi segenap aspek dalam kes seperti dilapor dan didakwa mangsa berkenaan,” katanya. BH



Pelajar junior dakwa diliwat ‘Gemuk’ di bilik asrama


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)

Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah

Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker