Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)

Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)

Penampilan kumpulan Dolla yang dianggotai empat wanita dikritik oleh netizen selepas dikatakan berpakaian menjolok mata ketika membuat persembahan di Good Vibes Weekender, hujung minggu lalu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @ehmalaysia, ahli kumpulan Dolla iaitu Tabby, Angel, Sabronzo dan Syasya memakai persalinan yang berbeza namun menampakkan beberapa bahagian anggota badan mereka.



Persembahan mereka mendapat sambutan di festival muzik itu di mana mereka berempat menari lincah di depan ratusan penonton yang hadir.

Bagaimanapun, sesetengah netizen yang menonton video tersebut di TikTok mengkritik pemakaian mereka yang dikatakan agak seksi.

Malah, ada segelintir daripada mereka yang membandingkan gaya Dolla yang seksi itu dengan CL, penyanyi kumpulan 2NE1 dari Korea Selatan yang turut membuat persembahan di acara itu.

CL atau Lee Chae-rin membuat persembahan dengan menggayakan jaket berwarna hitam membuatkan netizen menyindir Dolla kerana lebih seksi daripadanya.



Apatah lagi, CL ketika itu ada berseloroh dengan penonton bahawa dia ingin menanggalkan jaket yang dipakainya itu namun tidak mahu mencetuskan masalah di Kuala Lumpur.

Ini bukanlah kali pertama nama Dolla menjadi bualan netizen, sebelum ini ahli kumpulan mereka, Sabronzo pernah dikecam kerana dikatakan agar keterlaluan selepas dia menari gaya ‘twerk’. Bn

Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi



Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker