Peserta Ironman Langkawi yang juga pengasas Kiddocare meninggal dunia

Seorang peserta wanita kejohanan Ironman meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi, dekat sini pada petang tadi.

Mangsa, Muhaini Mahmud yang juga pengasas bersama platform penyediaan perkhidmatan penjagaan bayi, Kiddocare Sdn Bhd,  dimasukkan ke HSM sejak semalam selepas dikatakan tidak sedarkan diri dipercayai ketika melakukan disiplin renang pada acara sukan tersebut.

Kematian Muhaini disahkan Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari sebentar tadi.

Berita kematian Allahyarhamah Muhaini turut dikongsi anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah di akaun Facebooknya.

Allahyarhamah merupakan pengasas bersama platform penyediaan perkhidmatan penjagaan bayi, Kiddocare Sdn. Bhd.

Terdahulu, Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Othman Warijo berkata, kes pertama melibatkan seorang wanita berusia 44 tahun yang dimasukkan ke HSM selepas tidak sedarkan diri dipercayai ketika melakukan disiplin renang.

Katanya, kes kedua melibatkan seorang lelaki berusia 29 tahun yang juga dirawat di ICU hospital sama dengan keadaannya dilaporkan stabil.

“Mangsa dimasukkan ke hospital selepas dipercayai tidak sedarkan diri ketika melakukan disiplin larian

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker