Saya bergantung kepada keputusan PN bukannya PAS – Muhyiddin

Saya bergantung kepada keputusan PN bukannya PAS – Muhyiddin

Terpulang kepada Pas untuk menerima kenyataan bahawa musuh Perikatan Nasional (PN) adalah Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jelasnya, perkara tersebut telah diputuskan oleh gabungan itu dan bukannya satu parti politik sahaja.

“Itu kenyataan (Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan) yang dikeluarkan oleh sesiapa itu terpulang kepada mereka.

“Kadang-kadang mungkin dia rujuk atau tidak kepada sesiapa, saya tak tahu,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kali kesembilan Malis Pemulihan Negara (MPN) di Kementerian Kewangan, di sini, hari ini.

Muhyiddin menjawab pertanyaan media mengenai kenyataan yang dikeluarkan Takiyuddin lewat malam tadi yang berkata pihaknya tidak menerima pendirian mana-mana pihak yang melabelkan pertubuhan Melayu dan Islam sebagai musuh utama.

Tanpa menyebut nama mana-mana parti, ia difahamkan ditujukan kepada Muhyiddin yang menegaskan BN adalah musuh utama gabungan itu dalam PRU15.

Jelas Muhyiddin, yang penting buat PN adalah perkembangan terkini yang dicapai oleh kedua-dua semalam.

“Tapi pertemuan semalam menggambarkan bahawa yang lebih penting adalah pertemuan terkini kita menjelaskan bagaimana hubungan kita dan kenyataan yang saya telah buat jangan disalah tafsirkan.

“Dalam PRU, sudah tentu ada pertembungan antara parti-parti, saya sebagai pengerusi PN bergantung kepada keputusan PN dan bukannya Pas. Ia keputusan PN bahawa kita akan bertembung dengan parti-parti yang tak sehaluan dengan kita,” katany lagi. MG

Saya bergantung kepada keputusan PN bukannya PAS – Muhyiddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker