PAS sasar 30 kerusi, termasuk 5 tembung Bersatu – Sumber

PAS sasar 30 kerusi, termasuk 5 tembung Bersatu – Sumber

PAS sudah mengenal pasti sekurang-kurangnya 30 kerusi parlimen yang diyakini berpeluang cerah untuk menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang bersama Perikatan Nasional (PN).

Menurut sumber parti itu, 30 kerusi berkenaan dikategorikan sebagai “kerusi hijau.”



Daripada 30 kerusi itu hampir kesemuanya menyaksikan pertembungan dengan Umno namun lima kerusi bakal menyaksikan perebutan sesama sendiri dengan Bersatu.

“Pusingan pertama rundingan 25 kerusi hampir pasti menjadi milik PAS, namun ada lima kerusi yang menjadi rebutan antara PAS dengan Bersatu.

“Hampir kesemua kerusi yang akan ditandingi PAS akan bertembung dengan Umno,” katanya kepada Malaysiakini.

Lima kerusi yang menjadi pertembungan antara PAS dan Bersatu ialah Mersing, Tasek Gelugor, Bagan Serai, Bukit Gantang dan Bandar Tun Razak.



Empat dari lima kerusi ini merupakan kerusi dimenangi wakil BN sebelum melompat menyertai Bersatu.

Berdasarkan maklumat sumber lagi, PAS mensasarkan untuk bertanding dua kerusi yakin menang di Perlis; empat di Kedah; sembilan di Kelantan; lima di Terengganu; dua di Perak; dua di Pahang; dua di Wilayah Persekutuan; dua di Sarawak dan masing-masing satu Pulau Pinang dan Johor.

Sanusi: PAS sasar menang minima 40 kerusi

Hampir keseluruhan kerusi yang diintai PAS itu membabitkan kawasan luar bandar dan majoriti Melayu.



“Bagaimanapun PAS tidak menolak kemungkinan akan bertanding lebih banyak daripada jumlah itu,” kata sumber lagi.

Keyakinan untuk menang 30 kerusi sebagaimana dinyatakan sumber PAS ini sedikit berbeza dengan kenyataan pengarah pilihan raya parti itu, Muhammad Sanusi Md Nor (gambar, bawah).

Kata Sanusi yang juga menteri besar Kedah, parti itu menyasarkan bertanding di 80 kerusi parlimen pada PRU15 dengan “sasaran PAS menang paling minima 40 kerusi parlimen.”

“Jika ada 40 kerusi di parlimen, tidak ada mana-mana parti dapat bentuk kerajaan persekutuan tanpa PAS,” jelasnya pada 4 Sept lalu.



Semalam, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin mengesahkan pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen PN masih belum selesai.

Katanya, ia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat nanti.

Pada PRU14 lalu, PAS bersama gabungan Gagasan Sejahteranya menang 18 kerusi dari 160 kerusi yang ditandinginya. Mk

PAS sasar 30 kerusi, termasuk 5 tembung Bersatu – Sumber




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)



Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah

Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker