Dedahkan laporan buku Tommy Thomas – Zahid

Dedahkan laporan buku Tommy Thomas – Zahid

Laporan akhir pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan bekas peguam negara, Tommy Thomas, dalam bukunya wajar didedahkan kepada umum, kata Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata laporan itu penting untuk didedahkan kepada umum dan jika disimpan terlalu lama, ia dikhuatiri akan menimbulkan isu kontroversi.

“Jangan dipendamkan terlalu lama kerana dibimbangi kontroversi `di manakah kertas siasatan kes Mohd Nazlan Mohd Ghazali’ boleh berulang.



“Laporan itu mustahak didedahkan kepada umum kerana rakyat Malaysia perlu mengetahui perihal sebenar membabitkan bekas peguam negara `lantikan politik’ tersebut,” katanya di Facebooknya.

Pad 25 Sept lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata laporan akhir pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan Tommy dalam bukunya akan dibentangkan kepada Kabinet esok.

Wan Junaidi berkata Kabinet akan menentukan sama ada laporan itu akan didedahkan kepada umum atau tidak.

Dalam pada itu, Zahid berkata laporan oleh pasukan petugas khas itu juga penting kerana ia berpotensi mendedahkan tentang isu pendakwaan terpilih yang berlaku semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH).



Beliau juga berkata laporan itu juga akan mendedahkan tentang kemungkinan berlaku campur tangan urusan kehakiman oleh seorang bekas perdana menteri untuk kepentingan politiknya.

“Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada Ogos tahun lalu malah meminta supaya kerajaan segera menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pendedahan buku Tommy.

“RCI itu amat penting kepada negara kerana ia mengundang tanda tanya mengenai campur tangan politik dalam institusi peguam negara, kehakiman dan keselamatan,” katanya.

Tambahnya, Umno berharap dakwaan bahawa peguam negara kerajaan sekarang mengesyorkan laporan akhir siasatan itu tidak didedahkan kepada umum, hanyalah sekadar desas-desus.



Katanya, Umno berharap Kabinet yang akan dibentangkan hasil siasatan tersebut dalam tempoh terdekat tidak berada dalam sebarang kedudukan untuk menutup fakta tertentu.

“Kebimbangan ini timbul kerana kita memahami sebahagian anggota Kabinet kerajaan campuran sedia ada adalah bekas anggota Kabinet kerajaan PH.

“Anggota Kabinet terbabit pernah 22 bulan bekerjasama dan `bermuafakat’ bersama Tommy, maka dikhuatiri mungkin ada perkara yang bagi mereka wajib diselindungi,” katanya.

Pasukan petugas khas itu dilantik kerajaan bertujuan menyiasat dakwaan salah guna kuasa, campur tangan dalam badan kehakiman, pendakwaan bermotif politik dan kesalahan lain didakwa berlaku, seperti dimuatkan dalam buku Thomas. FMT

Dedahkan laporan buku Tommy Thomas – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)

Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah

Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker