Wanita Pakistan dituduh culik kanak-kanak di Genting Highlands

Wanita Pakistan dituduh culik kanak-kanak di Genting Highlands

RAUB – Seorang wanita warga Pakistan dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas percubaan menculik kanak-kanak di Genting Highlands pada 19 September lalu.

Bagaimanapun, kertas pertuduhan tidak dapat dibacakan ke atas tertuduh, Bibi Nasihat, 42 kerana dia tidak memahami bahasa Melayu dan Inggeris.



Tertuduh hanya boleh berbahasa Pashto.

Timbalan Pendakwaraya, S. Punitha mencadangkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 berserta dua penjamin warganegara Malaysia sehingga tarikh sebutan semula kes.

Tetapi peguam yang mewakili tertuduh, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi menjelaskan anak guamnya itu baru sahaja tiba di Malaysia sejak sebulan lalu.

Beliau memohon hakim untuk mengurangkan wang jaminan serta seorang penjamin memandangkan wanita itu hanya mempunyai seorang ahli keluarga berstatus pemastautin tetap.



Tambahnya, tertuduh berusia 42 tahun itu tidak bekerja dan bergantung kepada suaminya yang merupakan pembantu kedai perabot dengan pendapatan RM1,600 sebulan.

Hakim, Ahmad Faizadh Yahaya kemudian membenarkan wang jaminan sebanyak RM3,000 dikenakan keatas tertuduh bersama seorang penjamin warga Malaysia serta syarat tambahan paspotnya diserahkan sehingga kes selesai.

Kes akan disebut semula pada 1 November depan mengikut Seksyen 350 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 352 akta sama.

Sekiranya disabit kesalahan, Bibi Nasihat boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali.



Terdahulu, tertuduh ditahan pada 22 September lepas berhubung dakwaan cubaan culik seorang kanak-kanak di Genting Highlands, Bentong yang tular menerusi media sosial. MG

Wanita Pakistan dituduh culik kanak-kanak di Genting Highlands


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)

Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah



Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker