Penampilan seksi Dolla, tunggu penjelasan pihak Universal
Penampilan seksi Dolla, tunggu penjelasan pihak Universal
Anggota Dolla iaitu Sabronzo mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri daripada memberikan sebarang komen berhubung isu penampilan seksi mereka ketika membuat persembahan di Good Vibes Weekender, baru-baru ini.
Menurut Sabronzo atau Sab, dia menghormati keputusan syarikat pengurusan mereka yang mahu mengeluarkan kenyataan secara rasmi daripada pihak mereka sendiri.
“Saya terpaksa mengunci mulut kerana pihak pengurusan Universal tidak benarkan kami keluarkan kenyataan lagi sebab nanti mereka akan beri kenyataan rasmi.
“Sebagai artis yang bernaung di bawah pengurusan mereka, saya kena hormat keputusan pihak pengurusan yang tidak benarkan untuk saya beri kenyataan. Lagipun, kami hanya artis dan pihak pengurusan yang buat segala keputusan.
“Sebagai artis, kami hanya ikut saja. Sebab tugas kami hanya untuk buat persembahan dan menyanyi… itu saja,” kata Sabronzo.
Sabronzo ditemui ketika pratonton RR Bridal RTW 22 yang diadakan di ShangriLa Hotel Boutique, Kuala Lumpur, semalam.
Terdahulu, imej seksi ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya di acara hiburan tersebut mengundang kecaman netizen.
Malah ada juga membandingkan pakaian Dolla dengan penyanyi dari Korea Selatan yang merupakan ahli kumpulan 2NE1, Lee Chae-rin atau CL yang turut hadir di lokasi yang sama.
Sebelum ini, Sabronzo pernah dikritik kerana dianggap keterlaluan apabila menari tarian dipercayai gaya ‘twerk’ yang terkenal dengan aksi seksi dan menggoda. HM
Penampilan seksi Dolla, tunggu penjelasan pihak Universal
Baca Artikel Menarik:
- Otai reformis pelik Anwar bisu isu hutan di Selangor
- Muhyiddin jangan baling batu sembunyi tangan – Khaled
- Serangan Muhyiddin Tanda PRU15 Sangat Hampir
- Sungguh Pelik! Lelaki Kehilangan Sijil Kematian Sendiri Siar Iklan Di Akhbar
- Muhyiddin serang Ismail petanda PRU15 makin hampir
- Muhyiddin kata Hadi kata
- Remaja 17 tahun dirogol bapa tiri selama lima tahun
- Pemimpin Bersatu melenting dengan amaran Takiyuddin
- Majlis perkahwinan jadi ‘pasar tani’ [VIDEO]
- Idea ditolak punca Yassin tinggalkan Senario
- Saya bergantung kepada keputusan PN bukannya PAS – Muhyiddin
- Lapan lelaki rogol pelajar tingkatan dua diberkas
- Angkasawan dakwa rakam kelibat ‘malaikat’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)
Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet