PH Terdesak Cari Jalan Lengahkan PRU15

Oleh Tun Teja

PAKATAN Harapan (PH) berada dalam keadaan sangat terdesak untuk melengah-lengahkan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) memandangkan mereka tidak mempunyai sebarang isu besar yang mampu menewaskan Barisan Nasional (BN).

Keadaan ekonomi yang dijangka semakin merudum tahun hadapan diharapkan dapat mencetuskan api kemarahan rakyat terhadap BN dengan disulami hasutan-hasutan bertali arus dari pemimpin-pemimpin PH.

Itu adalah sebab utama mengapa PH mahu PRU-15 diadakan tahun hadapan. Jika PRU-15 diadakan pada tahun ini, kemarahan rakyat terhadap kerajaan 22 bulan PH masih sangat tinggi maka kebarangkalian rakyat mengundi DAP, PKR, PN dan sekutu mereka rendah. PH tidak akan berpeluang membentuk kerajaan sekali lagi.

Sejak kebelakangan ini kita dapat melihat laungan agar PRU-15 diadakan tahun hadapan dibuat oleh pemimpin PH secara bersilih ganti. Semakin kuat laungan tersebut menunjukkan PH bertambah gementar jika PRU-15 diadakan pada tahun ini.

Alasan PH untuk menjaga keselamatan rakyat adalah “auta” semata-mata. Kebajikan rakyat tidak pernah ada dalam kamus parti-parti yang bernaung bawah PH.

Masihkah kita ingat bagaimana deritanya rakyat selama 22 bulan ketika PH menjadi kerajaan? Rakyat disuruh “ikat perut”. Tidak cukup dengan “ikat perut”, rakyat juga dipaksa rela menderma kepada kerajaan PH.

Penjawat awam pula berisiko untuk diberhentikan kerana kerajaan PH mahu mengurangkan kos. Sepatutnya kerajaan PH menjana ekonomi namun sebaliknya berlaku apabila banyak harta rakyat dijual untuk menampung perbelanjaan kerajaan. Ngeri sungguh sejarah pentadbiran PH 22 bulan.

Sejarah ngeri ini masih terbayang-bayang depan mata rakyat. Oleh itu, PH berharap kemerosotan ekonomi dunia tahun hadapan akan mengalihkan kemarahan rakyat dari PH kepada BN. Mereka hanya dapat menewaskan BN apabila rakyat lupa kekejaman kerajaan PH. Masa terbaik PRU-15 bagi PH menang adalah tahun hadapan.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker