Obsesi Muhyiddin Aniaya Najib Punca Pelabur UAE Beralih Ke Indonesia

Oleh Tun Teja

PEMIMPIN Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) mengabaikan kepentingan negara dengan mengutamakan dendam terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merampas Malaysia dari tangan Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14).

Obsesi Muhyiddin Yassin untuk menganiaya Najib menyebabkan negara kehilangan banyak pelaburan besar dan penting. Salahlaku tersebut turut menjadi punca Malaysia mundur ke belakang selepas diserang pandemik Covid-19 sedangkan negara-negara di sekeliling kita mampu bangkit dan cemerlang dalam ekonomi.

Kegagalan terbesar Muhyiddin ketika menjadi Perdana Menteri (PM) adalah tidak mampu membawa pelaburan asing ke Malaysia. Ironinya, semasa Muhyiddin ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada bulan Mac 2021, beliau mendakwa pada pertemuan berkenaan, pemimpin UAE itu memberi petunjuk ke arah ‘kerjasama tanpa batas’ (the sky is the limit) dalam perkara yang dibincangkan membabitkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara terutama pelaburan, perdagangan dan pendidikan.

Perkara sebaliknya berlaku apabila Kerajaan Abu Dhabi melabur sebanyak RM270 Bilion ke Indonesia dari 2020-2021. Muhyiddin malukan Malaysia. Tiada satu sen pun dilabur oleh UAE ke Malaysia sejak PRU14.

Muhyiddin gagal melaksanakan peranan sebagai PM dengan hanya fokus kepada menganiaya Najib semata-mata. Ketika Najib menjadi PM beliau dengan penuh hemah menjaga hubungan antarabangsa.

Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh syarikat IPIC milik penuh kerajaan Abu Dhabi, UAE.
Dari tahun 2015 hingga 2017, Najib telah membuat dua perjanjian penyelesaian dengan Abu Dhabi untuk mendapat kembali dana dari mereka “tanpa menuduh secara terbuka bahawa pihak-pihak mereka telah mengelapkan dana 1MDB” demi menjaga hubungan antara kedua negara.

Perjanjian penyelesaian muktamad pada tahun 2017 yang diusahakan oleh kerajaan BN dahulu mengandungi klausa bahawa IPIC bersetuju untuk menyelesaikan semua wang dibayar oleh 1MDB kepada mereka yang kini didakwa hilang sebelum 30 Disember 2020.

Memandangkan niat kerajaan PH dahulu untuk menganiaya Najib maka perkara ini tidak direalisasikan. Jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan oleh IPIC sebelum akhir tahun 2020 ini, maka terbukti Najib tak rompak apa-apa.

Kerajaan Muhyiddin juga tidak mahu teruskan perjanjian penyelesaian. Akibatnya tiada satu sen pun pelaburan yang diterima dari UAE.

Kerajaan PH tidak mahu sebut pun perjanjian penyelesaian ini kerana ianya bercanggah dengan propaganda PH terhadap Najib. Mereka batalkan perjanjian penyelesaian dengan kerajaan Abu Dhabi walaupun ianya bermakna negara akan rugi.

Kerajaan PH dan PN sanggup terima hanya sebahagian duit IPIC melalui Amerika Syarikat daripada dapatkannya terus dari IPIC.

Kejamnya PH, mereka sanggup suruh rakyat ikat perut dan paksa rela rakyat “derma” duit kepada kerajaan PH namun mereka tidak mahu meneruskan perjanjian penyelesaian dengan UAE yang mampu mendapatkan kembali setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB.

Tindakan PH saman Kerajaan UAE merosakan lagi hubungan dengan negara tersebut. Kerajaan PH rela untuk saman kerajaan Abu Dhabi di London berhubung dengan dana 1MDB itu dan sanggup merosakkan hubungan antara dua negera itu. Tujuannya untuk wujudkan persepsi duit 1MDB hilang dan dicuri oleh Najib. Sedangkan IPIC milik Abu Dhabi sanggup membayar balik.

Malah Latheefa Koya yang PH lantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan rakaman perbualan telefon peribadi Najib dengan Putera Mahkota Abu Dhabi. Tujuannya untuk memalukan Najib. Kesan yang lebih teruk adalah rosak hubungan antarabangsa dimana sudah pasti UAE tidak akan melabur di negara kita.

PH gagal. PN gagal. Muhyiddin juga gagal. Ismail Sabri warisi kerajaan gagal dari PH dan Muhyiddin. Memang banyak yang perlu dibaiki. Ismail Sabri tidak akan mampu melakukannya dalam kerajaan Campuran BN dan PN. Masalah ini hanya boleh diatasi dengan memberikan mandat kepada BN semula untuk memulihkan ekonomi dan negara.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker