Kumpulan agensi pekerja domestik bercanggah pendapat mengenai dasar pengambilan

Kumpulan agensi pekerja domestik bercanggah pendapat mengenai dasar pengambilan

Dua kumpulan pengambilan pekerja domestik bercanggah pendapat berhubung gesaan Jakarta agar dihentikan amalan membenarkan pembantu rumah Indonesia memasuki Malaysia dengan visa pelancong sebelum memohon permit yang diperlukan.

Persatuan Majikan Pembantu Rumah Malaysia (MAMA) mendapati amalan semasa itu memuaskan, manakala Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (PAPA) berkata, amalan ini harus dihentikan kerana ia boleh dieksploitasi seperti yang dikhuatiri Indonesia.

Presiden MAMA Engku Ahmad Fauzi Muhsein berkata, tiada kes eksploitasi dilaporkan walaupun keprihatinan Indonesia berhubung kesejahteraan rakyatnya dapat difahami.

“Dasar semasa kerajaan amat baik dalam memudahkan dan mempercepatkan proses untuk majikan mendapatkan pekerja domestik dari Indonesia,” katanya kepada FMT.

“Permit kerja mereka diproses dengan betul dan dikeluarkan mengikut dasar dan undang-undang imigresen sedia ada. Bagaimanakah ia boleh dieksploitasi?”

Beliau berkata, MAMA berharap kedua-dua kerajaan dapat menyelesaikan isu ini secara baik supaya tiada lagi kelewatan kemasukan pekerja domestik Indonesia ke negara ini.

Presiden PAPA Foo Yong Hooi berkata, membawa masuk pekerja domestik sebagai pelancong membuka ruang kepada ejen haram di Indonesia menuntut harga yang terlalu tinggi bagi pembantu rumah daripada ejen sah.

Beliau berkata, ramai wanita lebih suka melalui ejen haram bagi mengelak menjalani latihan mandatori 200 jam yang ditetapkan oleh kerajaan Indonesia dan membolehkan mereka bekerja segera, berbanding berada di pusat pengambilan selama beberapa bulan.

Katanya, ini bermakna ejen sah di Malaysia terpaksa bersaing dengan ejen haram menyebabkan ejen terbabit perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk membayar perekrut tempatan.

“Kos yang tinggi akhirnya akan diserap oleh majikan Malaysia,” katanya kepada FMT.

“Ini membawa kesan buruk ke atas ekosistem pengambilan pekerja.”

Beliau berkata, cara lebih baik untuk membawa masuk pekerja domestik adalah melalui saluran yang sah di sisi undang-undang.

“Jika mereka datang melalui agensi pekerjaan, agensi ini bertanggungjawab membantu dalam menjamin kebajikan dan perlindungan mereka,” katanya.

Putrajaya dan Jakarta dijadualkan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) baharu mengenai pengambilan pekerja domestik Indonesia bekerja di negara ini bulan depan.

Abdul Rahman, penggerak sosial Indonesia untuk kumpulan aktivis North-South Initiative berkata, beliau bimbang lebih ramai rakyat Indonesia akan dieksploitasi jika Malaysia tidak mengendahkan gesaan Indonesia. FMT

Kumpulan agensi pekerja domestik bercanggah pendapat mengenai dasar pengambilan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Amy punca kemelut Search?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker