Dapat peruntukan besar lagi baik daripada jawatan TPM II

Dapat peruntukan besar lagi baik daripada jawatan TPM II, kata penganalisis

Rakyat Sarawak lebih suka diberikan peruntukan besar untuk pembangunan prasarana di negeri itu berbanding melihat orang Sarawak dilantik menjadi timbalan perdana menteri, kata penganalisis politik.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata mereka lebih suka hak mereka ditegakkan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan lebih banyak keutamaan diberikan kepada negeri itu dari segi penambahbaikan prasarana.

“Apa gunanya orang Sarawak memegang jawatan nombor kedua apabila ia hanya memanfaatkan seorang individu sahaja? Lebih baik kita mendapatkan lebih banyak dana pembangunan yang akan memanfaatkan semua penduduk,” katanya kepada FMT.

Katanya, pelantikan timbalan perdana menteri daripada orang Sarawak tidak semestinya membolehkan negeri itu mendapatkan peruntukan lebih baik atau diberi keutamaan dalam projek pembangunan.

“Bagaimanapun, sekiranya Sarawak mendapat kedua-duanya sekali (jawatan TPM dan manfaat) ia lebih baik.”

Baru-baru ini, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) meminta pentadbiran baharu mewujudkan jawatan TPM II yang diisi oleh Ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Setiausaha Agung SUPP Sebastian Ting turut mencadangkan supaya mereka sama ada melantik Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Fadillah Yusof atau Setiausaha Agung GPS Alexander Nanta Linggi.

Kedua-dua PBB dan SUPP adalah ahli gabungan GPS.

Fadillah memegang jawatan sebagai menteri kanan dan menteri kerja raya dalam pentadbiran sebelum ini manakala Alexander pula adalah menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.

Seorang penganalisis politik berkata gabungan kerajaan di Sarawak akan berasa “agak gembira” dengan jawatan TPM II.

James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania berkata kewujudan jawatan itu tidak akan menjadi kontroversi selagi jawatan TPM I dipegang oleh menteri kanan dari Semenanjung.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Chin, yang baru-baru ini berkata GPS adalah pemenang terbesar dalam krisis politik terbaru itu menjelaskan, gabungan terbabit sekurang-kurangnya akan mendapat jumlah jawatan menteri yang sama seperti dalam pentadbiran sebelum ini.

GPS mempunyai empat menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN)

Tambah Chin, ketika rakyat Sarawak lebih suka dengan kuasa autonomi yang lebih besar dan pematuhan penuh dalam MA63 antara lain, jawatan TPM II “akan menjadi satu bonus”.

Ditanya sama ada pelantikan TPM II dalam kalangan orang Sarawak akan meningkatkan sokongan terhadap Ismail dalam pilihanraya, Chin berkata ia “tidak mungkin”.

Katanya, langkah itu mungkin hanya membantu GPS yang kini boleh mendakwa mereka mendapat perjanjian yang lebih baik dengan Umno.

GPS dibidas baru-baru ini kerana tidak menyokong Presiden Warisan, Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri daripada pembangkang selepas Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. FMT

Dapat peruntukan besar lagi baik daripada jawatan TPM II

Nora Danish dihentam netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker