Melaka Sayang Rakyat: Lebih 31,000 Rakyat Terima Manfaat MeSRa

Melaka Sayang Rakyat: Lebih 31,000 Rakyat Terima Manfaat MeSRa

Melaka Sayang Rakyat: Lebih 31,000 Rakyat Terima Manfaat MeSRa

MELAKA, 14 Okt – Lebih 31,000 rakyat telah menerima manfaat menerusi inisiatif kebajikan MeSRa yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Melaka bagi membantu meringankan beban kehidupan rakyat, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata, pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan bagi memastikan kebajikan rakyat terus diberikan perhatian, selain kejayaan Melaka mencapai status sifar miskin tegar.

Menurutnya, setiap bantuan yang disalurkan bukan sekadar angka atau pencapaian, sebaliknya membawa makna besar kepada keluarga yang memerlukan sokongan dalam meneruskan kehidupan.

“Di sebalik setiap angka itu, ada keluarga yang perlu dibantu, ada beban yang ingin diringankan dan ada harapan yang ingin kita hidupkan kembali,” katanya.

Ab Rauf berkata, kerajaan negeri menyedari bahawa pelbagai cabaran kehidupan tidak dapat diselesaikan dalam sekelip mata, namun usaha membantu rakyat akan diteruskan mengikut ruang dan kemampuan yang ada.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Perlu Guna Kaedah Perbelanjaan Pembangunan Berasaskan Keberhasilan


Beliau menegaskan, komitmen terhadap kebajikan rakyat akan kekal menjadi keutamaan bagi memastikan tiada golongan yang berasa terpinggir atau terabai.

“Kita mungkin tak mampu menyelesaikan semua masalah dalam sekelip mata, tetapi selagi ada ruang dan kemampuan, kita akan terus berusaha,” katanya.

Tambah beliau, setiap rakyat Melaka perlu merasai bahawa mereka tidak bersendirian ketika berdepan kesukaran, sebaliknya sentiasa mendapat perhatian dan sokongan sewajarnya.

“Kerana bagi saya, kebajikan rakyat bukan sekadar tanggungjawab, tetapi amanah yang perlu dijaga,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran dalam laman Facebooknya dengan menegaskan komitmen Kerajaan Negeri Melaka untuk meneruskan usaha menjaga kebajikan rakyat menerusi pelbagai inisiatif bantuan yang bersesuaian dengan keperluan masyarakat. – UMNO Online

Melaka Sayang Rakyat: Lebih 31,000 Rakyat Terima Manfaat MeSRa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Tegas Pertahankan Parlimen Beaufort

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker