Malaysia-China Perkukuh Kerjasama Banteras Jenayah Rentas Sempadan, Penipuan Siber

Malaysia-China Perkukuh Kerjasama Banteras Jenayah Rentas Sempadan, Penipuan Siber

Malaysia-China Perkukuh Kerjasama Banteras Jenayah Rentas Sempadan, Penipuan Siber

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Malaysia dan China bersetuju memperkukuh kerjasama keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang, khususnya dalam membanteras jenayah rentas sempadan, pengedaran dadah serta penipuan telekomunikasi dan siber.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata persetujuan itu dicapai dalam pertemuan dua hala bersama Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam Republik Rakyat China, Wang Xiaohong, di Beijing.

Beliau berkata pertemuan itu mencerminkan hubungan erat serta komitmen bersama kedua-dua negara dalam menangani ancaman keselamatan yang semakin kompleks.

“Antara hasil penting pertemuan ini ialah persetujuan untuk mempertingkat perkongsian risikan, memperkukuh keupayaan agensi penguatkuasaan serta memperluas tindakan bersama dalam membanteras rangkaian jenayah yang beroperasi merentasi sempadan negara,” katanya dalam kenyataan media.

Ahmad Zahid berkata Malaysia turut mencadangkan penubuhan Joint Working Group antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pihak berkuasa penguatkuasaan dadah China.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Perlu Guna Kaedah Perbelanjaan Pembangunan Berasaskan Keberhasilan


Menurutnya, cadangan itu menerima maklum balas positif dan akan menjadi asas untuk memperkukuh penyelarasan siasatan, pertukaran maklumat risikan serta pelaksanaan latihan bersama secara lebih sistematik.

Beliau berkata kerjasama penguatkuasaan antara kedua-dua negara sebelum ini telah membuahkan hasil, termasuk kejayaan merampas lebih 1.03 tan fentanyl citrate menerusi Operasi Black Ash dan Blackwood pada Ogos 2025.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa apabila risikan dikongsi, tindakan diselaraskan dan agensi penguatkuasaan bergerak bersama, rangkaian jenayah antarabangsa dapat ditumpaskan dengan lebih berkesan,” katanya.

Dalam usaha membanteras penipuan telekomunikasi dan siber, beliau berkata Malaysia dan China turut bersetuju mempererat kerjasama operasi, khususnya dalam perkongsian maklumat, penyelarasan siasatan serta peningkatan kepakaran teknikal.

Katanya, langkah itu penting bagi menangani kegiatan sindiket yang semakin licik dan terancang, selain memastikan keupayaan penguatkuasaan sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi serta perubahan modus operandi jenayah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Sakau, Sakau, Sakau!”… Potensi Aset RM180 Bilion Buat-buat Lupa?


Ahmad Zahid berkata penyertaan Malaysia dalam International Alliance Combating Telecom and Cyber Fraud turut membuka ruang lebih luas untuk memperkukuh tindakan penguatkuasaan bersama China dan negara lain.

“Kerjasama dalam keselamatan siber, pembangunan kepakaran dan latihan teknikal akan terus diteroka bagi memastikan keupayaan penguatkuasaan sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi dan modus operandi jenayah yang semakin kompleks,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kerjasama antarabangsa perlu diperkukuh memandangkan sindiket jenayah kini bergerak pantas, menggunakan teknologi baharu dan mengeksploitasi kelemahan sistem merentasi sempadan.

“Bagi Malaysia, keutamaan kita jelas, iaitu melindungi keselamatan rakyat, membanteras sindiket jenayah serta memastikan kepentingan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara,” katanya.

Ahmad Zahid yakin hubungan erat Malaysia-China yang berteraskan semangat Perkongsian Strategik Komprehensif akan terus membuka ruang kepada kerjasama keselamatan yang lebih kukuh dan berkesan.

Beliau juga memaklumkan bahawa segala usaha memperkukuh kerjasama keselamatan itu akan dilaksanakan tanpa menjejaskan kedaulatan negara. – UMNO Online

Malaysia-China Perkukuh Kerjasama Banteras Jenayah Rentas Sempadan, Penipuan Siber


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Tegas Pertahankan Parlimen Beaufort

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker