Pelaburan Di Melaka RM14.68 Bilion Bukti ‘BN Sayang Rakyat’

Pelaburan Di Melaka RM14.68 Bilion Bukti ‘BN Sayang Rakyat’

Pelaburan Di Melaka RM14.68 Bilion Bukti ‘BN Sayang Rakyat’

MELAKA, 14 Okt – Pencapaian pelaburan berjumlah RM14.68 bilion pada tahun 2025 yang disifatkan sebagai rekod tertinggi dalam sejarah Melaka menjadi sandaran penting kepada Barisan Nasional (BN) negeri untuk memperkukuh naratif keberkesanan pentadbiran di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Ketua Penerangan UMNO Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, perkembangan positif dalam sektor pelaburan, ekonomi dan pelancongan membuktikan bahawa agenda pembangunan negeri perlu diteruskan secara konsisten demi memastikan rakyat turut menikmati manfaatnya.

Dari sudut politik, pencapaian itu memberi ruang kepada BN Melaka untuk menonjolkan rekod pentadbirannya sebagai antara asas membina keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.

“Pelaburan meningkat, ekonomi berkembang, pelancong bertambah dan pelbagai skim bantuan terus disalurkan demi kesejahteraan rakyat.

“Inilah bukti bahawa usaha membangunkan negeri mesti berjalan seiring dengan usaha menjaga kebajikan rakyat,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Malaysia Desak Sekat Penyalahgunaan Kuasa Veto PBB


Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah mengakui bahawa kejayaan pembangunan tidak seharusnya diukur berdasarkan angka pelaburan semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan serta taraf hidup rakyat yang lebih baik.

Terdahulu, Fairul Nizam turut memberi penekanan terhadap agenda kebajikan menerusi penglibatannya dalam Program Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Berkelompok di Balai Raya Batang Melaka.

Program berkenaan menyaksikan beliau menyantuni pemohon, selain pihak JKM Jasin membantu menguruskan permohonan dan mendengar isu berkaitan kebajikan masyarakat setempat.

“Terima kasih kepada semua pemohon dan pihak JKM Jasin atas kerjasama yang diberikan.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban serta membantu kesejahteraan masyarakat setempat,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RSN Rayer Dibidas, Jangan Putar Belit Fakta Demi Modal Politik


Ujar beliau, pendekatan turun padang bergerak seiring dengan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan, khususnya masyarakat yang berdepan tekanan kos sara hidup dan cabaran ekonomi. – UMNO Online

Pelaburan Di Melaka RM14.68 Bilion Bukti ‘BN Sayang Rakyat’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sakau, Sakau, Sakau!”… Potensi Aset RM180 Bilion Buat-buat Lupa?

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker