RSN Rayer Dibidas, Jangan Putar Belit Fakta Demi Modal Politik

RSN Rayer Dibidas, Jangan Putar Belit Fakta Demi Modal Politik

RSN Rayer Dibidas, Jangan Putar Belit Fakta Demi Modal Politik

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer diingatkan supaya tidak menjadikan isu perundangan membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai modal politik sehingga mengelirukan rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, Rayer yang juga seorang peguam dan Ahli Parlimen sepatutnya memahami perbezaan antara pertuduhan, keputusan mahkamah dan keputusan pihak pendakwaan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Menurutnya, fakta undang-undang tidak seharusnya diputarbelitkan demi kepentingan politik, sebaliknya setiap kritikan perlu berlandaskan maklumat tepat dan prinsip keadilan.

“Jangan gunakan isu undang-undang sebagai modal politik. Jika mahu mengkritik, kemukakan fakta yang tepat dan berhujah secara bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Azhar menjelaskan, 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi terhadap Ahmad Zahid diberikan status dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Tinggi pada 4 September 2023.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Umum Gaji Naik Sahaja, Pastikan Harga Barang Terkawal


Justeru, katanya, sebarang perkembangan berkaitan kes berkenaan perlu dirujuk kepada kenyataan rasmi pihak berkuasa dan tidak dijadikan bahan untuk membentuk persepsi yang boleh mengelirukan masyarakat.

Dalam masa sama, Azhar mempersoalkan pendirian Rayer berhubung beberapa isu lain, termasuk Terowong Pulau Pinang, dakwaan Mafia Korporat, isu KWAP serta isu berkaitan Kementerian Pengangkutan yang didakwa melibatkan kerugian melebihi RM300 juta.

“Semua isu perlu dinilai berdasarkan fakta dan prinsip yang sama, tanpa pilih kasih politik,” tegasnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa kebebasan bersuara tidak bermaksud seseorang boleh mengabaikan fakta atau mengetepikan adab ketika mengkritik pihak lain.

Katanya, penghormatan terhadap institusi Parlimen, proses undang-undang dan kedudukan Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri serta rakan dalam Kerajaan Perpaduan perlu terus dipelihara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

  1. UMNO Sabah Komited Bantu Jentera BN di Telok Emas, Duyong
  2. Kota Tinggi Terus Dibangunkan, 18 Projek Setempat Diluluskan
  3. Pelaksanaan Belanjawan Perlu Beri Manfaat Nyata – Syauqi

Belanjawan 2027: Naik Gaji … Siapa Akhirnya Menanggung Kos?


“Berbeza pandangan itu hak demokrasi. Namun, jangan sampai kepentingan politik mengatasi fakta, adab dan kedaulatan undang-undang.

“Hormati fakta. Jaga adab. Berpolitik secara matang,” katanya lagi. – UMNO Online

RSN Rayer Dibidas, Jangan Putar Belit Fakta Demi Modal Politik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jerebu: Wan Rosdy Seru Rakyat Pahang Berwaspada

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker