Isu Akidah & Batas Toleransi Beragama

Isu Akidah & Batas Toleransi Beragama

Isu Akidah & Batas Toleransi Beragama

1. Mengambil maklum akan isu yang sedang hangat diperkatakan. Isu berkaitan dengan kepercayaan dan pengamalan bukan perkara yang boleh diambil pandang remeh. Sudah pasti agama Islam meletakan garis panduan yang jelas dalam pengamalan, pegangan, kebudayaan bahkan pada hal berkaitan dengan penjagaan keharmonian.

2. Dalam hal pengamalan ini jelas tidak perlu kita bahaskan secara mendalam dan kita serahkan kepada ahlinya untuk dituntaskan. Cuma isu yang sedang dibicarakan ini adalah hal berkaitan kepercayaan dan sikap toleransi atau sikap “menjaga keharmonian” yang menyalahi syariat dan kepercayaan.

3. Belum selesai isu “Seorang Lelaki Sertai Ritual Agama Lain”, naik pula isu “Pekerja Hotel Citadines Connect Georgetown” yang beragama Islam mencuci sebuah kuil disana.

4. Apa yang hendak disampaikan sekarang ini adalah tentang kepercayaan dan sikap toleransi atau “keharmonian perpaduan” yang digembar gemburkan. Kami mengajak agar perkara ini dinilai dengan neraca ilmu, keimanan, kelapangan dada, penuh adab dan neraca kebenaran syariat bagi mereka yang beragama Islam.

5. Menyertai upacara atau ritual agama lain bagi penganut yang beragama Islam sudah pasti dilarang sama sekali. Kerana ia sangkut dengan kepercayaan akhidah dan keimanan. Ia juga sudah jelas termaktub didalam al-Quran dalam Surah al-Kafirun ayat 6 yang bermaksud “untuk kamu agama kamu, untuk aku agamaku”. Ini jelas bahawasanya agama Islam ini berbeza dari segi semua sudut kepercayaan berbanding dengan agama lain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Sakau, Sakau, Sakau!”… Potensi Aset RM180 Bilion Buat-buat Lupa?


6. Ini buka perdebatan agama siapa yang betul dan salah. Kerana soal agama tersangkut dengan hati dan kepercayaan. Persoalan sekarang ini adalah kaitan “pengamalan seorang yang beragama Islam, mengamalkan agama lain”.

7. Neraca kemungkinan, “ada yang kata dia itu berfahaman liberal atau pluralis”. Kalau dia berfahaman dengan itu sekalipun, secara dasarnya dan asal agamanya itu apa? Hal ini bersangkut dengan isu Akhidah yang mana jika benar dia Islam pada usulnya, boleh membawa kepada kejatuhan Islam atau murtad.

Isu Akidah & Batas Toleransi Beragama

8. Isu kedua (2) berkaitan dengan pekerja Islam disebuah hotel hadir bagi mencuci sebuah kuil. Nampak macam isu penjagaan keharmonian perpaduan atau toleransi dalam pengamalan beragama walaupun disana kita belum jelas apakah tujuan mereka kesana. Jika tujuan mereka kesana adalah dengan sebab arahan dari pihak atasan, maka kebertanggungjawaban itu perlu pihak atasan tanggung. Jika mereka pergi atas sebab kerelaan hati atau tujuan nak membantu dengan alasan khidmat masyarakat, ini perlu berhati-hati untuk kalian.

9. Terima kasih kami lafazkan kepada pihak Sahibul Samahah Mufti Pulau Pinang atas cakna serta irsyad yang telah dikeluarkan. Dengan harapan tambahan, pihak berwajib perlu memanggil mereka yang terlibat untuk disampaikan penjelasan yang sebaiknya kenapa Islam melarang umatnya bersihkan rumah ibadat agama lain. Kerana ia berkait isu tentang kemasyarakatan, keharmonian beragama dan perpaduan yang mungkin ada pihak yang cuba untuk kaburkan atau mengapi-apikan isu sehingga berlaku perkara yang tidak sepatutnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RSN Rayer Dibidas, Jangan Putar Belit Fakta Demi Modal Politik


Pandangan kami yang fakir:-
– Berhati-hati tentang sesuatu perkara jika perkara itu melibatkan isu akhidah dan pengamalan.
– Dalamilah ilmu agama atau sekurangnya bertanyalah kepada ahlinya sebelum melakukan sesuatu perkara yang mungkin boleh merosakan akhidah kita.
– Jangan cuba gunakan apa-apa alasan untuk menghalalkan sesuatu tindakan. Walaupun Islam mengajar kita untuk hormat, harmonikan perhubungan dan saling tolong menolong, ingat semuanya ada batas.
– Firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:- “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.”
– Pihak berwajib perlu segerakan irsyad dan tindakan dalam menyelamatkan umat dari terkeliru ditambah dengan bantuan asatizah yang ada sama-sama untuk membantu kembangkan syiar, ilmu dan sampaikan pengatahuan kepada umat.

Akhukum fi Islam

Isu Akidah & Batas Toleransi Beragama

Muhammad Fadlan Aiman Mhd Fadzy

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 
Pengerusi Biro Agamawan Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Isu Akidah & Batas Toleransi Beragama


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kerajaan Perlu Guna Kaedah Perbelanjaan Pembangunan Berasaskan Keberhasilan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker