Perjuangan BN Bukan Retorik, Prinsip Dipertahankan – Mohd Isam
Perjuangan BN Bukan Retorik, Prinsip Dipertahankan – Mohd Isam

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Pendirian dalam mempertahankan prinsip perjuangan Barisan Nasional (BN) bukan sekadar retorik, sebaliknya perlu dibuktikan melalui keberanian berpegang pada asas perjuangan parti dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa berkata, prinsip, maruah perjuangan dan kepercayaan rakyat tidak seharusnya dikorbankan semata-mata demi kuasa serta kedudukan politik.
Menurutnya, perkembangan politik semasa semakin memerlukan perhatian dann kebijaksanaan dalam membuat keputusan termasuk mengenai kerjasama politik tetapi apa yang penting adalah tidak mengorbankan prinsip perjuangan.
“Bagi saya, politik bukan semata-mata soal kuasa dan kedudukan. Prinsip, maruah perjuangan dan kepercayaan rakyat mesti menjadi keutamaan,” katanya kepada UMNO Online.
Beliau menyorot keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan lalu yang memperlihatkan kecenderungan pengundi, khususnya orang Melayu, terhadap penyatuan parti Melayu, sekali gus menjadi pertimbangan penting dalam menentukan hala tuju BN.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RSN Rayer Jangan Pilih Bulu … Keadilan Mesti Untuk Semua!
- Perancangan Johor Bahru Utamakan Kesejahteraan Rakyat
- Naik Taraf Jalan: KKR Tunggu Pertimbangan Agensi Pusat – Ahmad Maslan
“Sakau, Sakau, Sakau!”… Potensi Aset RM180 Bilion Buat-buat Lupa?
Katanya, berdasarkan pemerhatian di Tampin, persefahaman antara BN dengan Perikatan Nasional (PN) dilihat lebih mendapat penerimaan pengundi berbanding kerjasama BN dengan Pakatan Harapan (PH).
“Kita bercakap terus terang, berdasarkan keputusan PRN lalu, kita melihat pengundi, khususnya orang Melayu, mahukan penyatuan dalam kalangan parti Melayu. Keputusan sudah dibuat dan nampaknya itulah jalan yang terbaik ketika ini,” katanya.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan persefahaman BN-PN ketika ini bukanlah gabungan rasmi, sebaliknya memerlukan keikhlasan serta sikap berhati-hati daripada semua pihak.
Menurutnya, BN perlu menilai realiti politik semasa dan mengambil kira suara akar umbi bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti.
“Bagi saya, politik bukan semata-mata soal kuasa dan kedudukan. Prinsip, maruah perjuangan dan kepercayaan rakyat mesti menjadi keutamaan. Kerjasama politik perlu dibina atas dasar yang jelas, saling menghormati dan tidak menggadaikan prinsip yang telah sekian lama diperjuangkan.
“Saya percaya rakyat berhak menilai setiap keputusan politik secara matang dan terbuka. Apa jua kerjasama yang dibentuk mestilah mengambil kira suara akar umbi serta kepentingan masyarakat, khususnya orang Melayu yang mengharapkan perjuangan mereka terus dipelihara.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelaburan Di Melaka RM14.68 Bilion Bukti ‘BN Sayang Rakyat’
- Sayap UMNO Sabah Perkukuh Penyelarasan Gerak Kerja
- Kabin Coop Mart Perlu Dimanfaat, Jana Ekonomi Ummah – Abdul Fattah
Kerajaan Perlu Guna Kaedah Perbelanjaan Pembangunan Berasaskan Keberhasilan
Mengulas pendiriannya sebelum ini yang menolak kerjasama dengan Dap, Mohd. Isam berkata beliau kekal berpegang pada prinsip perjuangan yang diyakininya, meskipun mengakui setiap keputusan parti perlu dihormati.
“Ketika itu, pendirian saya memang jelas. Saya tidak akan sama sekali bersama Dap. Itulah prinsip perjuangan saya sejak dahulu,” katanya.
Katanya, penyertaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan tidak bermaksud parti itu bergabung dengan mana-mana parti, sebaliknya merupakan keputusan politik yang dibuat bagi menghormati titah Yang di-Pertuan Agong.
Beliau berkata, ketetapan parti untuk terus bersama kerajaan sehingga tamat penggal juga perlu dihormati, justeru sebarang tuduhan pengkhianatan wajar dinilai berdasarkan keputusan yang telah dipersetujui.
Dalam pada itu, Mohd. Isam berkata BN perlu mengakui kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 sebagai pengajaran penting untuk memulihkan parti dan membina semula keyakinan pengundi.
Katanya, kerjasama politik perlu dipertimbangkan sebagai usaha memperkukuh sokongan rakyat, bukannya semata-mata mengejar kemenangan.
“Buat masa sekarang, kita memerlukan rakan gabungan untuk bersama-sama meningkatkan kembali keyakinan pengundi terhadap UMNO dan parti-parti Melayu yang lain,” katanya.
Beliau turut menegaskan BN tidak boleh mengabaikan perubahan sokongan pengundi, sebaliknya perlu membuat penilaian berdasarkan realiti di lapangan dan penerimaan masyarakat terhadap hala tuju parti.
“Perjuangan mesti berpaksikan prinsip, kejujuran dan amanah kepada rakyat. Dalam apa jua keadaan, kepentingan rakyat tidak boleh diketepikan demi kepentingan politik semata-mata,” katanya.
Menurutnya, kekuatan BN bukan hanya terletak pada keupayaan memenangi pilihan raya, tetapi juga pada kesungguhan mempertahankan prinsip perjuangan serta memenuhi harapan rakyat. – UMNO Online
Perjuangan BN Bukan Retorik, Prinsip Dipertahankan – Mohd Isam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RSN Rayer Jangan Pilih Bulu … Keadilan Mesti Untuk Semua!
- Perancangan Johor Bahru Utamakan Kesejahteraan Rakyat
- Naik Taraf Jalan: KKR Tunggu Pertimbangan Agensi Pusat – Ahmad Maslan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Sakau, Sakau, Sakau!”… Potensi Aset RM180 Bilion Buat-buat Lupa?
You must be logged in to post a comment.