Kes sebabkan kematian, pasangan kekasih dihukum penjara

Kes sebabkan kematian, pasangan kekasih dihukum penjara

Kes sebabkan kematian, pasangan kekasih dihukum penjara
Kes sebabkan kematian, pasangan kekasih dihukum penjara

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi, di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara terhadap sepasang kekasih yang didapati bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki akibat kecuaian di Kampung Gondang, Ketereh, di sini, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Azhar Mokhtar menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap Maizatul Shima Abdullah, 25, manakala teman lelakinya, Muhammad Za’im Syakir Sha’ari, 24, dipenjara tujuh tahun, berkuat kuasa tarikh mereka masing ditangkap.

Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua tertuduh membayar pampasan RM2,500 setiap seorang kepada keluarga mangsa, mengikut Seksyen 425A Kanun Tatacara Jenayah.

Maizatul dan Za’im akan berdepan hukuman penjara tambahan selama enam bulan sekiranya gagal membayar pampasan berkenaan.

Mereka didakwa secara bersama menyebabkan kematian Muhamad Fahmi Adli Mat, 24, di sebuah tanah perkuburan Islam lama di Kampung Gondang, antara jam 10 malam pada 14 Mei 2022 hingga jam 1 pagi keesokannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Tegas Pertahankan Parlimen Beaufort


Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. Ia memperuntukkan hukuman hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda.

Pada prosiding hari ini, Maizatul diwakili peguam, Azahir Nasir dan Nurul Amira Mohd Zaidi, manakala Za’im diwakili Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Fatini Athirah Baharin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hazwanie Husain Bustari.

Kes sebabkan kematian, pasangan kekasih dihukum penjara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Malaysia-China Perkukuh Kerjasama Banteras Jenayah Rentas Sempadan, Penipuan Siber

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker