Kes remaja mati dipukul, diseksa: 14 termasuk dua bawah umur didakwa hari ini
Kes remaja mati dipukul, diseksa: 14 termasuk dua bawah umur didakwa hari ini

GURUN: Seramai 14 suspek termasuk dua remaja bawah umur akan didakwa di Mahkamah Gurun hari ini berhubung kematian remaja lelaki yang mayatnya ditemui di Jalan Harvard, di sini, tujuh hari lalu.
Difahamkan, semua suspek warga tempatan berusia 16 hingga 24 tahun, akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian berkenaan, mangsa berusia 18 tahun ditemui orang awam di tepi jalan dengan kesan cedera di kepala dan muka.
Pada sidang media sebelum ini, Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah, memaklumkan remaja lelaki itu dikurung selama dua hari, selain diseksa dan digunting rambut hanya kerana dituduh mencuri motosikal.
Mangsa turut dipukul dengan objek tumpul sehingga meninggal dunia sebelum mayatnya dibuang di tepi jalan di lokasi terbabit.
Bedah siasat pada hari sama, mendapati, punca kematian disebabkan kecederaan hentakan di kepala oleh daya objek tumpul.
Kes remaja mati dipukul, diseksa: 14 termasuk dua bawah umur didakwa hari ini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Sayang Rakyat: Lebih 31,000 Rakyat Terima Manfaat MeSRa
- Perjuangan BN Bukan Retorik, Prinsip Dipertahankan – Mohd Isam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malaysia-China Perkukuh Kerjasama Banteras Jenayah Rentas Sempadan, Penipuan Siber
You must be logged in to post a comment.