Pelajar maut dirempuh kereta ketika pulang dari sekolah

Pelajar maut dirempuh kereta ketika pulang dari sekolah

Pelajar maut dirempuh kereta ketika pulang dari sekolah
Kemalangan maut babitkan pelajar dipercayai dari di Kilometer 55, berhampiran sekolah. – Foto/ Ihsan PDRM

MIRI: Seorang pelajar sekolah menengah maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas berhampiran sekolahnya di Kilometer 55, Lebuhraya Pan Borneo, semalam.

Dalam kejadian jam 1.10 tengah hari itu, mangsa dipercayai pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar Bekenu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata kemalangan membabitkan sebuah kereta dipandu wanita tempatan berusia 46 tahun.

“Kereta berkenaan dalam perjalanan dari arah Miri menghala ke Bakong sebelum dipercayai melanggar pejalan kaki yang juga seorang pelajar sedang melintas jalan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Tegas Pertahankan Parlimen Beaufort


“Akibat perlanggaran itu, pelajar terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, orang ramai ada maklumat berhubung hubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Faizal Moktar, di talian 012-818 6509 atau 085-430479, atau balai polis berhampiran.

Pelajar maut dirempuh kereta ketika pulang dari sekolah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Malaysia-China Perkukuh Kerjasama Banteras Jenayah Rentas Sempadan, Penipuan Siber

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker