Ibu beritahu rindukan arwah Damin, kerap menangis
Ibu beritahu rindukan arwah Damin, kerap menangis

KUALA SELANGOR: “Ibu beritahu dia terlalu merindui Damin dan kerap menangis sejak kebelakangan ini, tak sangka arwah pergi buat selamanya,” kata Qawiem Razin Kamsol, 14.
Qawiem Razin adalah anak bongsu kepada Hizanawati Abu Bakar, 52, yang meninggal dunia selepas terjatuh dalam bilik air di rumahnya di Fasa 3, Bandar Puncak Alam, di sini semalam.
Untuk rekod, Allahyarham adalah ibu kepada Muhammad Damin Mikhail, 16, yang terkorban dalam kebakaran tandas awam pada 28 Ogos 2022.
Muhammad Damin Mikhail sebelum itu dikatakan sedang tidur di depan pintu tandas berkenaan sebelum rakannya menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau.
Selepas asap tebal dan api makin besar, dua rakan mangsa lari ke luar tandas, manakala mangsa yang dalam keadaan separa sedar selepas terjaga dari tidur melarikan diri ke dalam tandas, sebelum ditemukan rentung.
Sementara itu, Qawiem Razin berkata, kejadian berlaku sekitar jam 8 malam ketika dia pulang dari sekolah dan mahu membersihkan diri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Saya nampak kucing peliharaan berlari keluar dari bilik disusuli bunyi kuat. Mulanya ingatkan haiwan itu jatuhkan barang namun ketika lampu bilik dihidupkan, saya dapati ibu tiada di atas katil.
“Saya kemudian menoleh ke bilik air dan mendapati ibu ada di dalamnya dengan kepala yang berdarah.
“Kebetulan hanya saya dan kakak yang berada di rumah. Kami meminta bantuan ahli keluarga dan jiran terdekat untuk membantu ibu,” katanya ketika ditemui di Masjid Az-Zakirin, Fasa 3, di sini hari ini.
Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Puncak Alam 3 itu berkata, sebelum arwah dibawa ke Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam dia sempat memeriksa nadi dan nafas arwah namun sudah tiada.
“Kakak ada memaklumkan sebelum kejadian ibu telefon supaya temankan arwah di rumah.
“Ketika itu, kakak sudah tidak sedap hati dan sempat bertemu arwah ibu,” katanya sambil memaklumkan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam, petang ini.
Ibu beritahu rindukan arwah Damin, kerap menangis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Sayang Rakyat: Lebih 31,000 Rakyat Terima Manfaat MeSRa
- Perjuangan BN Bukan Retorik, Prinsip Dipertahankan – Mohd Isam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malaysia-China Perkukuh Kerjasama Banteras Jenayah Rentas Sempadan, Penipuan Siber
You must be logged in to post a comment.