Al-Fatihah untuk Nurul Fatehah, pelajar UTeM meninggal selepas ziarah pusara ibu
Al-Fatihah untuk Nurul Fatehah, pelajar UTeM meninggal selepas ziarah pusara ibu

ALOR GAJAH: Seorang penuntut Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meninggal dunia selepas terbabit kemalangan dalam perjalanan pulang selepas menziarah pusara ibunya di Kuala Selangor, Selangor, semalam.
Nurul Fatehah Alya Kamaruaf’fandi, 20, yang bersendirian menunggang motosikal Honda Vario 160 dipercayai terbabas sendiri dalam nahas di Kilometer 211.4, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah selatan, sekitar jam 5.30 petang.
Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke kampus UTeM di Melaka.
Pentadbiran UTeM memaklumkan, mangsa adalah penuntut Tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Komputer) dengan Kepujian, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK).
Pihak Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UTeM turut membantu proses pengurusan jenazah sehingga ke kampung halaman arwah di Bagan Datuk, Perak, jam 4.30 petang tadi, untuk dikebumikan.
UTeM menyampaikan sumbangan khairat kematian RM2,000, selain akan membantu dalam proses tuntutan Insurans Kelompok Pelajar berjumlah RM21,500 serta tuntutan khairat kematian Yayasan Perkasa Siswa (KPT) berjumlah RM2,000.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar, berkata motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di lokasi sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kiri, seterusnya tercampak ke lorong kecemasan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelaburan Di Melaka RM14.68 Bilion Bukti ‘BN Sayang Rakyat’
- Sayap UMNO Sabah Perkukuh Penyelarasan Gerak Kerja
- Kabin Coop Mart Perlu Dimanfaat, Jana Ekonomi Ummah – Abdul Fattah
Kerajaan Perlu Guna Kaedah Perbelanjaan Pembangunan Berasaskan Keberhasilan
“Akibatnya, mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Lina Ervinna Ahmad di talian 011-59494816 bagi membantu siasatan.
Al-Fatihah untuk Nurul Fatehah, pelajar UTeM meninggal selepas ziarah pusara ibu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Sayang Rakyat: Lebih 31,000 Rakyat Terima Manfaat MeSRa
- Perjuangan BN Bukan Retorik, Prinsip Dipertahankan – Mohd Isam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malaysia-China Perkukuh Kerjasama Banteras Jenayah Rentas Sempadan, Penipuan Siber
You must be logged in to post a comment.