Sindiket ‘phone scam’ bayar RM20,000 sebulan sewa resort terpencil di Mantin

Sindiket ‘phone scam’ bayar RM20,000 sebulan sewa resort terpencil di Mantin

Sindiket 'phone scam' bayar RM20,000 sebulan sewa resort terpencil di Mantin
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad (tengah) pada sidang media mengenai penahanan anggota sindiket penipuan ‘phone scam’. – NSTP/AHMAD HASBI

SEREMBAN: Satu sindiket penipuan didapati beroperasi di sebuah resort terpencil dan terbiar selama empat tahun, di Broga, Mantin, bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Sindiket menyasarkan warga China berkenaan sanggup menyewa salah sebuah blok resort yang mempunyai lapan bilik itu, dengan harga RM20,000 sebulan.

Taktik itu terbongkar selepas polis menyerbu resort berkenaan, Ahad lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata menerusi serbuan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kontinjen (JSKJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai menahan 40 individu yang disyaki terbabit dalam sindiket phone scam.

“Sindiket ini dipercayai menjalankan kegiatan penipuan dengan menyamar sebagai pendakwa raya dan anggota polis negara China.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Tegas Pertahankan Parlimen Beaufort


“Ia dipercayai menyasarkan warga China, termasuk mereka yang menetap di Amerika Syarikat,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Alzafny berkata, semua individu yang ditahan berusia 19 hingga 63 tahun, terdiri dua warga Malaysia, 34 warga China, seorang warga Taiwan dan tiga warga Myanmar.

“Dua warga tempatan yang juga suami isteri ditahan di banglo dalam kawasan resort berkenaan. Mereka dipercayai bertindak sebagai pengurus premis,” katanya.

Beliau berkata, sindiket itu dipercayai memilih resort berkenaan kerana kedudukannya yang terpencil di luar bandar.

Mengenai modus operandi sindiket, Alzafny berkata, sindiket dipercayai memperdaya mangsa dengan mendakwa mereka terbabit jenayah sebelum menawarkan bantuan untuk mengelakkan mangsa ditangkap.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan Perlu Guna Kaedah Perbelanjaan Pembangunan Berasaskan Keberhasilan


“Kesemua suspek warga China yang ditahan dipercayai berperanan sebagai pentadbir dan pegawai khidmat pelanggan dalam kegiatan itu.

“Semakan awal terhadap komputer riba dan telefon bimbit yang dirampas menemukan rakaman video dibuat sindiket dengan menyamar sebagai pihak berkuasa China serta beberapa skrip dalam Bahasa Mandarin, dipercayai digunakan untuk tujuan penipuan,” katanya.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis merampas 82 telefon bimbit, tiga komputer riba, lima router ( penghala), 16 pasport China, empat tripod serta wang tunai berjumlah RM5,000.

“Turut dirampas satu set dokumen perjanjian sewaan atas nama seorang lelaki tempatan,” katanya menambah semua suspek direman empat hari sehingga 16 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420/120 Kanun Keseksaan.

Sindiket ‘phone scam’ bayar RM20,000 sebulan sewa resort terpencil di Mantin


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Malaysia-China Perkukuh Kerjasama Banteras Jenayah Rentas Sempadan, Penipuan Siber

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker