Siasatan kes bunuh: PDRM buru Dedek, Jimmy Boy, Amen, Yeye, Apak
Siasatan kes bunuh: PDRM buru Dedek, Jimmy Boy, Amen, Yeye, Apak

SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memburu lima lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kes bunuh lelaki tempatan di Semenyih, Kajang, hujung bulan lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar, berkata setakat ini, 15 suspek termasuk dua warga asing sudah ditahan, dengan sebahagiannya sudah dituduh di mahkamah.
Katanya, tangkapan dibuat ke atas semua suspek susulan kehilangan mangsa pada 24 September sebelum mayatnya ditemukan, 27 September lalu.
“Siasatan dan tangkapan ke atas suspek dijalankan susulan laporan polis yang dibuat oleh isteri mangsa selepas beberapa jam gagal menghubungi suaminya.
“Tangkapan ini membabitkan tiga kes berasingan iaitu kes melarikan diri, kes bunuh dan kesalahan berkaitan senjata api.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Lima suspek yang masih bebas berkait kes bunuh. Semua suspek ialah lelaki tempatan dikenali Dedek, Jimmy Boy, Amen, Yeye dan Apak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, hari ini.
Shazeli berkata, polis percaya lima suspek yang berumur 35 hingga 48 tahun itu masih berada di Selangor.
“Siasatan juga mendapati suspek-suspek ini dipercayai terbabit dalam kegiatan gangsterism kerana hampir semua suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah dan dadah,” katanya.
Mengulas mengenai kehilangan mangsa, Shazeli berkata, mangsa dilarikan oleh beberapa suspek dari Ampang Waterfront dengan kereta di antara jam 4 pagi hingga 4.30 pagi, 24 September.
“Pada 27 September, kami dibawa ke lokasi mangsa dibunuh sebelum ditanam di Semenyih, Kajang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelaburan Di Melaka RM14.68 Bilion Bukti ‘BN Sayang Rakyat’
- Sayap UMNO Sabah Perkukuh Penyelarasan Gerak Kerja
- Kabin Coop Mart Perlu Dimanfaat, Jana Ekonomi Ummah – Abdul Fattah
Kerajaan Perlu Guna Kaedah Perbelanjaan Pembangunan Berasaskan Keberhasilan
“Mangsa dikurung dan diseksa sebelum dibunuh dan ditanam. Bedah siasat mendapat, kematian mangsa berpunca daripada kecederaan pada leher.
“Siasatan turut mendapati, mangsa yang berusia 42 tahun dan bekerja sendiri, mengenai suspek. Motif bunuh disebabkan berlaku perselisihan faham di antara si mati dengan suspek-suspek terbabit,” katanya.
Beliau berkata, penemuan mayat itu membawa kepada tangkapan dan rampasan dua laras senapang, sebuah kereta dan sebatang cangkul yang dipercayai digunakan untuk menanam mangsa.
Pada masa sama, Shazeli berkata, sebahagian daripada 15 suspek yang ditahan sekitar 24 hingga 27 September lalu sudah dituduh di Mahkamah Ampang dan Bangi, semalam.
Siasatan kes bunuh: PDRM buru Dedek, Jimmy Boy, Amen, Yeye, Apak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Sayang Rakyat: Lebih 31,000 Rakyat Terima Manfaat MeSRa
- Perjuangan BN Bukan Retorik, Prinsip Dipertahankan – Mohd Isam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malaysia-China Perkukuh Kerjasama Banteras Jenayah Rentas Sempadan, Penipuan Siber
You must be logged in to post a comment.