Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

“Ikutkan ramai yang tak percaya tapi inilah hakikat yang terjadi,” kata pelakon era 1990-an, Effa Nareesha selepas kecewa ditipu seorang artis veteran dan isterinya.

Effa mendakwa dia dan suaminya diberikan tugasan oleh pasangan berkenaan bagi menguruskan kertas heritage (warisan) bernilai 5 bilion Euro (RM22.01 bilion) di London, baru-baru ini.

“Kami diamanahkan untuk ke London bagi menyelesaikan kerja mereka untuk urusan bank kerana suami saya mempunyai kenalan di sana dan peguamnya yang selesaikan hal itu. Semasa kami berada di sana, pasangan terbabit sudah pulang ke Malaysia.



“Tiba-tiba selang dua minggu lepas itu, dia yang membahasakan dirinya Ayahanda mahu lepas tangan dan mengaku dah tiada apa-apa hubungan dengan isterinya yang dipanggil Bonda,” katanya kepada Harian Metro. Menurutnya, pelakon terbabit mahu lepas tangan dan tak mahu ambil tahu lagi berkenaan perkara itu.

“Mana boleh begitu. Semasa di London dia adalah ‘mastermind’ tiba-tiba nak lepas tangan. Kami yang dah buat kerja di London apa cerita?

“Sebenarnya Bonda mengaku dia adalah kerabat kepada Sultan di sebuah negeri. Dia mengaku dia kononnya pemegang amanah bagi harta pusaka kerabat diraja negeri itu.

“Bonda turut menunjukkan dokumen sebuah bank di Geneva dengan jumlah harta sebanyak 5 bilion Euro,” katanya.



Effa berkata, mereka bersangka baik dan berfikiran positif bahawa tidak mungkin artis senior itu ingin menipu.

“Tak mungkin dia berani menjadi scammer. Tapi sangkaan kami salah. Kami menandatangani surat perjanjian bagi membawa pasangan ini ke London dan seterusnya ke bank terbabit bagi menyelesaikan harta berkenaan seperti mana yang dinyatakan.

“Bagaimanapun Ketua Pegawai Operasi di bank terbabit memaklumkan bahawa dokumen itu adalah palsu,” katanya.

Effa dan suaminya membuat laporan polis dan melantik peguam bagi menuntut segala ganti rugi yang sudah dikeluarkan untuk urusan terbabit.



“Ia termaktub dalam surat perjanjian yang menyatakan segala kos perbelanjaan akan dibayar dengan gandaan 10 kali. Jumlah tuntutan kami sebanyak RM858,000.

“Jika 10 gandaan lebih kurang RM8.58 juta. Kami terpaksa melakukan sedemikian kerana pelakon terbabit sudah melarikan diri dari kami.

“Oleh sebab itu kami viralkan mereka. Pelakon terbabit gagal dihubungi kerana sudah bertukar nombor. Kami viralkan untuk bantu yang lain,” katanya.

Menurutnya bukan mereka sahaja ditipu. Malah ada beberapa mangsa lain turut menghubungi mereka selepas ia viral.

“Ada yang beritahu Bonda berhutang dengannya RM21,000. Manakala pelakon senior terbabit pula suka pinjam duit orang. Saya bukan nak aibkan mereka tapi ini kebenaran,” katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan maklum balas pelakon senior terbabit tidak berjaya apabila telefonnya gagal dihubungi. HM

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)

Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah

Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker