Pelajar cemerlang PNGK 3.95 musykil gagal UPU

Pelajar cemerlang PNGK 3.95 musykil gagal UPU

Seorang graduan cemerlang yang berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.95 meluahkan rasa terkilan apabila permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti awam (UA) menerusi Unit Pusat Universiti (UPU), gagal.

Muhammad Firdaus baru sahaja menghadiri majlis konvokesyennya baru-baru ini. Kredit foto: Twitter Firdaus Lee
Muhammad Firdaus baru sahaja menghadiri majlis konvokesyennya baru-baru ini.



Graduan cemerlang Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang, Muhammad Firdaus Mohd Azly Lee, 22, berkata dia tidak menyangka gagal kerana sudah melakukan yang terbaik sepanjang tempoh pengajiannya di peringkat diploma.

Katanya, dia juga mengisi segala butiran dengan teliti bagi memastikan permohonan berjaya dan ditempatkan di beberapa pilihan UA yang menyediakan jurusan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.

“Apabila mendapat keputusan UPU, saya berasa amat terkejut bukan sahaja kerana pilihan pertama tidak dapat, sebaliknya tiada sebarang tawaran UA lain juga.

“Sebaliknya, saya menerima tawaran dari dua universiti luar negara dengan menggunakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), transkrip keputusan semester empat dan English 1119,” katanya.



Muhammad Firdaus meluahkan rasa terkilannya itu menerusi laman Twitter dengan memuat naik transkrip akademik serta tangkap layar permohonan UPU yang tidak berjaya.

Dalam ciapan itu, anak kelahiran Kuantan, Pahang itu turut memuat naik keputusan permohonannya untuk University and Colleges Admissions Service (UCAS) yang berjaya diterima masuk ke dua universiti iaitu University of Sheffield dan University of Nottingham.

Muhammad Firdaus berkata, pilihan utamanya adalah melanjutkan pengajian di dalam negara.

“Walaupun berjaya peroleh tempat di dua universiti luar negara, saya lebih memilih untuk melanjutkan pengajian di dalam negara kerana tidak mahu berjauhan dengan keluarga.



“Saya yakin dan amat percaya UA tempatan mampu melahirkan graduan yang hebat setanding dengan universiti luar negara.

“Oleh itu, saya telah mengemukakan rayuan dan berharap menerima tawaran melanjutkan pengajian di UA,” katanya.

Mengakui niatnya bukan hendak menyalahkan mana-mana pihak tetapi terkilan dengan sistem pemilihan yang mungkin memerlukan sedikit perubahan.

“Namun ini bukan alasan untuk berhenti berusaha mendapatkan tempat di UA. “Saya berterima kasih pada pihak yang bertanggungjawab memberikan pandangan dan nasihat dalam permohonan ke UA dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS),” katanya.



Sementara itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengadakan satu sidang media esok bagi memberi penerangan terperinci mengenai isu sistem UPUOnline dan permohonan kemasukan ke UA yang akan disampaikan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Husaini Omar. BH

Pelajar cemerlang PNGK 3.95 musykil gagal UPU


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)

Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah



Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker