Surat tular risiko culik inisiatif sekolah beri peringatan

Surat tular risiko culik inisiatif sekolah beri peringatan

Surat tular di media sosial bertajuk makluman risiko culik dari sebuah sekolah di Batu Caves, di sini, merupakan inisiatif peringatan dan langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Pemangku Ketua Polis Gombak Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya mengesan surat berkenaan pada 4.50 petang semalam, yang ditulis penolong kanan pentadbiran Sekolah Kebangsaan Taman Samudra kepada ibu bapa dan penjaga sekolah.

Beliau berkata, surat tersebut merupakan inisiatif pihak sekolah terbabit dan sekolah itu juga mengesahkan tiada sebarang kejadian culik berlaku.

“Polis mengesahkan telah menerima dua laporan setelah tularnya surat tersebut daripada ibu bapa dan penjaga murid melibatkan dua sekolah yang berbeza di daerah Gombak tentang kejadian ini.

“Siasatan terperinci juga sedang dijalankan pihak polis bagi mengesahkan kesahihan kejadian yang didakwa pengadu sebagai ‘cubaan culik’,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak sahih yang boleh menggugat ketenteraman awam. FMT

Surat tular risiko culik inisiatif sekolah beri peringatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)

Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah

Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker