Murid dakwa nyaris diculik, didatangi lelaki mahu tutup mulut

Murid dakwa nyaris diculik, didatangi lelaki mahu tutup mulut

Seorang kanak-kanak lelaki terselamat selepas mendakwa nyaris dilarikan seorang lelaki ketika pulang dari sebuah sekolah di Rawang, kelmarin.

Mangsa yang juga murid Sekolah Kebangsaan Taman (SK) Tun Teja melaporkan didatangi seorang lelaki ketika baharu saja keluar dari sekolah.

Memetik laporan Berita Harian, kejadian berlaku pada 5.50 petang, apabila mangsa didatangi lelaki yang cuba menutup mulutnya.

Dalam laporan polis dibuat ibunya, menyatakan lelaki itu cuba menutup mulut anaknya, namun kanak-kanak itu sempat menggigit tangan lelaki terbabit.

Sebelum kejadian, murid tersebut dikatakan mahu membeli aiskrim berhampiran sekolahnya, namun secara tiba-tiba tangannya dipegang oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Dalam laporan itu juga, mengatakan lelaki berkenaan kemudian melarikan diri menaiki sebuah van berwarna putih.

Sementara itu, Ketua Polis Gombak Zainal Mohamed Mohamed, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan masih dijalankan.

Beliau berkata, kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat, hari ini, berhubung siasatan terperinci kes berkenaan.

“Polis meminta mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang dilaporkan sehingga siasatan selesai dilakukan,” katanya. FMT

Murid dakwa nyaris diculik, didatangi lelaki mahu tutup mulut


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)

Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah

Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker