Penerbit Mohon Maaf, Rancangan Televisyen Siar Babak Remaja Berkhatan Dikritik Hebat

SEBUAH rancangan televisyen Korea diselar netizen selepas ia menyiarkan adegan yang menunjukkan remaja lelaki sedang berkhatan.

Rancangan berjudul Mr House Husband menerusi saluran KBS2 memaparkan lima remaja lelaki belasan tahun bertemu dengan pakar bedah untuk menjalani prosedur tersebut.

Episod yang disiarkan pada 17 September itu juga menyaksikan bekas pemain besbol, Hong Seung Heon dan anak remajanya serta beberapa rakannya berbicara mengenai kebimbangan mereka sebelum menjalani prosedur berkhatan.



Turut dipaparkan, adegan menunjukkan kumpulan remaja itu kesakitan selepas pembedahan, selain riak muka panik yang dirakam secara dekat (close up).

Di media sosial, penonton meluahkan kritikan selepas menonton episod berkenaan dengan rata-ratanya mempersoalkan bagaimana rancangan tersebut boleh ‘terlepas’ untuk disiarkan.

Berikutan kemarahan ramai terhadap episod kontroversi tersebut, penerbit program berkenaan tampil bersuara dan membuat permohonan maaf secara terbuka.



“Kami bertujuan memberi pendedahan kepada para ibu bapa mengenai subjek berkhatan, dan melalui perbualan, ia cuba menunjukkan kesefahaman antara ibu bapa dan anak-anak mengenainya.

“Mereka juga bersetuju untuk menyiarkan prosedur tersebut dalam rancangan televisyen.

“Namun rancangan itu membuatkan penonton tidak selesa, dan untuk itu, kami memohon maaf,” demikian kenyataan yang dikeluarkan. – Dailystar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker