Bapa dua anak maut dihempap besi papan tanda

Bapa dua anak maut dihempap besi papan tanda

BAYAN LEPAS – Seorang pemandu lori maut selepas dihempap besi papan tanda penghadang jalan di Persiaran Paya Terubong 2 di sini hari ini.

Kejadian pukul 3.15 petang itu mengakibatkan mangsa, S. Kumaravelan, 48, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.



Kejadian dipercayai berlaku selepas lori lima tan dipandu mangsa yang melebihi had ketinggian melalui laluan berkenaan dan merempuh papan tanda tersebut sebelum ia tumbang menghempap bahagian depan.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, laluan berkenaan adalah bagi kegunaan kenderaan ringan dengan had ketinggian tidak melebihi 2.6 meter.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 3.20 petang.



“Ketika tiba di lokasi, kita dapati kemalangan membabitkan sebuah lori muatan barang dan terdapat seorang lelaki yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

“Lelaki terbabit sudah tidak sedarkan diri dan pihak kami menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Pihak bomba mengambil masa kurang daripada 10 minit bagi mengeluarkan mangsa,” katanya hari ini.

Tambahnya, mangsa berjaya dikeluarkan pukul 3.46 petang dan pasukan perubatan yang turut berada di lokasi kejadian mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia.



“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.37 petang,” jelasnya.

Sementara itu, rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa tinggal di Simpang Ampat, Seberang Perai itu adalah bapa kepada dua anak.

“Saya dan mangsa pernah bekerja sebagai pemandu bas kilang bagi tempoh yang agak lama dan tidak tahu sejak bila menjadi pemandu lori.

“Dia rakan yang baik dan kematiannya amat mengejutkan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.



Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat. MG

Bapa dua anak maut dihempap besi papan tanda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)

Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah



Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker