PM ‘caretaker’ BN gusarkan PH

PM ‘caretaker’ BN gusarkan PH

Pakatan Harapan (PH) dan musuh politik BN bimbang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kerana sedar Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN) masih menjalankan tugas tersebut dalam tempoh pembubaran Parlimen.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, PH dan musuh BN tidak mempunyai kelebihan ketika Parlimen dibubarkan kerana BN masih mengawal kerajaan sementara.

Ahmad Zahid berkata, pembangkang sedar mereka tidak mempunyai kelebihan tersebut, lantaran itu bimbang dengan pembubaran Parlimen.

“Dari segi kuasa dan kawalan terhadap banjir pada musin tengkujuh Perdana Menteri masih ada kuasa dan sukar pula pembangkang menonjol peranan mereka apabila musim tengkujuh. Ini menyebabkan pembangkang berasa sangat terkesan.

“Pembangkang kurang mampu bersaing di padang sama rata dengan parti pemerintah sementara ketika pembubaran Parlimen. “Kelebihan ini tidak ada pada pembangkang dan inilah paling dibimbangi oleh pembangkang.

Perdana Menteri caretaker masih mempunyai kuasa yang besar seperti lazim amalan dan konvensyen yang berlaku di negara komanwel,” kata Ahmad Zahid dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan terus menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri dalam tempoh pembubaran Parlimen. Ismail Sabri juga akan melaksanakan tugasan rasmi rutin untuk memastikan kerajaan terus berfungsi.

Kuasa itu juga membolehkan Ismail Sabri menggerakkan agensi terbabit sekiranya banjir berlaku ketika pilihan raya berlangsung, sekali gus menghadkan peranan yang akan dimainkan oleh pembangkang.

“Malah mesyuarat rasmi berhubung urusan kerajaan boleh diadakan termasuk mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Bencana Negara.

“Dari segi kuasa dan kawalan terhadap banjir pada musin tengkujuh Perdana Menteri masih ada kuasa dan sukar pula pembangkang menonjol peranan mereka apabila musim tengkujuh.

Ini menyebabkan pembangkang berasa sangat terkesan. “Pembangkang kurang mampu bersaing di padang sama rata dengan parti pemerintah sementara ketika pembubaran Parlimen,” kata Ahmad Zahid.

Sementara itu, Presiden UMNO itu berkata, pembangkang sememangnya dalam keadaan tidak bersedia untuk berhadapan dengan pilihan raya umum.

Kenyataan terbaharu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bersedia untuk dilantik semula menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga turut mengusarkan pembangkang.

“Komponen PH seperti Amanah dilihat masih terhutang budi terhadap Mahathir kerana walaupun hanya menang 11 kerusi, sembilan dilantik dalam Kabinet sebagai menteri dan timbalan menteri.

DAP pula diberikan jawatan Menteri Kewangan oleh Mahathir. “Itu sebab Amanah dan DAP agak lunak terhadap Mahathir dan kurang kenyataan keras dan tegas terhadap Mahathir.

“Berbanding PKR dan Anwar Ibrahim parti terbesar PH, jawatan ditentukan oleh Mahathir bukannya Wan Azizah Presiden PKR ketika itu.

Sebab itu Azmin dan Zuraida diberikan jawatan besar oleh Mahathir untuk lemahkan pengaruh keluarga Anwar dan sekutu Anwar dalam politik,” kata Ahmad Zahid.

Pemimpin PH sebelum ini menyuarakan kebimbangan dan menolak PRU berlangsung ketika musim banjir kerana ia akan mengakibatkan kesengsaraan kepada rakyat. MG

PM ‘caretaker’ BN gusarkan PH


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker