Perdana Menteri pulang sebagai ‘wira negara’

KUALA LUMPUR: Kepulangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke tanah air daripada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-77 disambut meriah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Ismail Sabri digambarkan sebagai wira selepas mempamerkan keberaniannya untuk memperjuangkan isu hak asasi manusia sejagat dengan menentang penindasan yang berlaku di Palestin dan Myanmar

Ketika dalam ucapannya di perhimpunan yang berlangsung di New York itu, Ismail Sabri turut lantang mengkritik ketidakadilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung kuasa veto.

Ismail Sabri juga merupakan antara pemimpin negara yang menonjol di UNGA kerana telah berucap dalam bahasa Melayu sekaligus dilihat sebagai pejuang bahasa rasmi negara.

Beliau sebagai Perdana Menteri negara mengangkat bahasa kebangsaan negara ini ke tahap yang lebih tinggi.

Perdana menteri bersama rombongannya tiba di KLIA kira-kira pukul 11 malam dan disambut oleh ribuan yang hadir.

Di antara pemimpin yang hadir ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahadzir Khalid; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique.

Turut sama ialah Tokoh Bahasa merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Seri Prof. Awang Sariyan; Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran; Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr. Mohamad Salleh Rahamat dan Gabungan Penulis-Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Datuk Zainal Abidin Borhan.

Awang Sariyan mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana mengotakan kata untuk mengangkat Bahasa Melayu ke peringkat tertinggi.

“Ertinya beliau mengatakan bahasa Melayu patut diangkat ke peringkat antarabangsa dan telah membuktikannya.

“Bukan sahaja di peringkat ASEAN bahkan peringkat PBB y

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker