Ejen kosmetik diculik sudah ada di KL – Polis

Ejen kosmetik diculik sudah ada di KL – Polis

Ejen jualan kosmetik yang berjaya diselamatkan di Thailand selepas dilarikan sekumpulan lelaki di kediamannya di Tumpat pada 13 September lalu, berada dalam keadaan baik.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa, Rosnazirah Mohd Naim, 36, kini masih berada di Kuala Lumpur dan akan dibawa pulang dalam masa terdekat.



Katanya, tiada sebarang bayaran dilakukan sepanjang tempoh kehilangan wanita berkenaan.

“Alhamdulillah mangsa dalam keadaan baik dan kini berada di Kuala Lumpur. Sedikit masa lagi akan dibawa pulang.

“Tiada sebarang bayaran dibuat sepanjang kehilangannya dan saya turut berterima kasih kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang bekerja keras untuk kes ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, memaklumkan Rosnazirah berjaya diselamatkan susulan kedudukan mangsa berjaya dikesan hasil bantuan dan kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.



Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut terhadap suami mangsa yang berusia 36 tahun.

“Soal suami mangsa adalah berbeza dan kita akan menjalankan siasatan lanjut, akan melihat sudut mana yang patut.

“Ini adalah kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan saya berterima kasih kepada JSJ serta lain-lain pihak yang membawa kepada kejayaan ini. Kita amat berbesar hati kerana dapat menyelamatkan mangsa,” katanya. HM

Ejen kosmetik diculik sudah ada di KL – Polis




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]



Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker