Jersi legenda Pele dijual pada harga RM20.7 juta

Jersi legenda Pele dijual pada harga RM20.7 juta

Jersi legenda Pele dijual pada harga RM20.7 juta
JERSI Pele pada final Piala Dunia 1958. FOTO AFP

New York: Jersi yang dipakai legenda bola sepak Brazil, Pele ketika final Piala Dunia pertama yang dimenangi negaranya pada 1958 terjual pada harga AS$4.9 juta (RM20.7 juta) dalam satu lelongan di Amerika Syarikat, pada Khamis.

Pele yang digelar “The King” baru berusia 17 tahun ketika itu berjaya menjaringkan dua gol membantu Brazil menewaskan tuan rumah, Sweden 5-2 dalam aksi final di Stockholm.

Jersi biru berkenaan menjadi jersi bola sepak kedua termahal pernah dijual dalam lelongan selepas pembeli tanpa nama mengatasi empat lagi pembida di Sotheby’s, New York.

Rekod tertinggi masih dipegang jersi yang dipakai legenda Argentina, Diego Maradona ketika aksi suku akhir Piala Dunia 1986 menentang England, yang terjual pada harga AS$9.3 juta (RM39.3 juta).

Kemenangan Brazil pada 1958 menjadi detik penting dalam sejarah bola sepak negara itu apabila Pele membantu Selecao merangkul kejuaraan dunia pertama sebelum menambah dua lagi trofi Piala Dunia pada 1962 dan 1970.

Jersi legenda Pele dijual pada harga RM20.7 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Melaka Sedia Memimpin Gelombang Baharu Industri Semikonduktor – Ab Rauf

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker