Penyokong Argentina ‘sapu habis’ tiket penerbangan ke New York

Penyokong Argentina ‘sapu habis’ tiket penerbangan ke New York

Penyokong Argentina 'sapu habis' tiket penerbangan ke New York
RIBUAN penyokong Argentina bakal terbang ke New York untuk aksi final Piala Dunia 2026 pada Ahad ini. FOTO Agensi

Buenos Aires: Peminat Argentina membuktikan kesetiaan luar biasa apabila tiket penerbangan khas ke Amerika Syarikat untuk menyaksikan final Piala Dunia menentang Sepanyol habis dijual hanya dalam beberapa jam.

Syarikat penerbangan milik negara, Aerolineas Argentinas, memaklumkan dua penerbangan khas dari Buenos Aires ke New York yang diumumkan lewat Rabu habis dijual menjelang pagi Khamis, babitkan keseluruhan 540 tempat duduk.

Harga tiket bukan murah, iaitu sekitar AS$5,000 (RM21,100) bagi kelas ekonomi dan AS$10,000 (RM42,200) untuk kelas perniagaan, jauh lebih tinggi berbanding tambang biasa.

Permintaan melonjak sejurus Argentina menewaskan England 2-1 di Atlanta untuk mara ke final pada 19 Julai, manakala Sepanyol terlebih dahulu mengesahkan tempat selepas menundukkan Perancis 2-0.

Perlawanan akhir akan berlangsung di Stadium New York-New Jersey di East Rutherford.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pindaan Perlembagaan Negeri Melaka Diluluskan, Terus Perkukuh Tadbir Urus


Laman sesawang Aerolineas Argentinas turut menunjukkan semua penerbangan ke New York sehingga 21 Julai sudah habis ditempah.

Jurucakap syarikat itu berkata, penerbangan ke Miami juga habis dijual kerana bandar di selatan Florida itu menjadi destinasi persinggahan bagi penyokong yang mahu meneruskan perjalanan ke New Jersey.

Beberapa syarikat penerbangan lain masih menawarkan tiket pada Khamis, namun kebanyakannya melibatkan penerbangan transit dan bukannya penerbangan terus.

American Airlines, Copa Airlines dan LATAM masih menawarkan pilihan perjalanan dari Buenos Aires ke New York atau Miami menerusi penerbangan sambungan.

Sementara itu, syarikat pelancongan Despegar melaporkan carian tiket penerbangan ke New York meningkat 6,000 peratus dalam tempoh beberapa jam selepas wisel penamat aksi separuh akhir Argentina.

Peningkatan luar biasa itu mencerminkan keghairahan penyokong Argentina untuk mengikuti Lionel Messi dan rakan sepasukan mempertahankan kejuaraan dunia, meskipun terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi bagi menyaksikan final secara langsung.

Penyokong Argentina ‘sapu habis’ tiket penerbangan ke New York


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Melaka Sedia Memimpin Gelombang Baharu Industri Semikonduktor – Ab Rauf

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker