Pindaan Perlembagaan Negeri Melaka Diluluskan, Terus Perkukuh Tadbir Urus
Pindaan Perlembagaan Negeri Melaka Diluluskan, Terus Perkukuh Tadbir Urus

MELAKA, 16 Julai – Exco Kanan Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin menyifatkan kelulusan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 sebagai satu langkah penting dalam memperkukuh institusi pentadbiran negeri ke arah tadbir urus yang lebih berkesan, dinamik dan berorientasikan kepentingan rakyat.
Beliau berkata, kelulusan pindaan tersebut oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuhkan sistem pentadbiran agar mampu memenuhi keperluan semasa serta mendepani cabaran pembangunan negeri dengan lebih baik.
“Alhamdulillah, pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Melaka.
“Semoga pindaan ini menjadi satu langkah ke hadapan dalam memperkukuh institusi pentadbiran negeri, demi memastikan tadbir urus yang lebih berkesan, dinamik dan mampu memenuhi keperluan rakyat,” katanya.
Dalam persidangan yang sama, Rais turut menjawab soalan-soalan yang dikemukakan Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan portfolio Perumahan pada Persidangan Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Ketepikan Perbezaan… Bersatu Hati, Pastikan BN Kembali Terajui Negeri Sembilan
Menurut beliau, setiap isu yang dibangkitkan diberikan perhatian sewajarnya dengan penjelasan berdasarkan dasar, perancangan serta tindakan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.
Katanya, komitmen tersebut membuktikan kesungguhan kerajaan negeri untuk terus memperkasa agenda pembangunan perumahan bagi memastikan rakyat menikmati kediaman yang berkualiti, selesa dan mampu dimiliki. – UMNO Online
Pindaan Perlembagaan Negeri Melaka Diluluskan, Terus Perkukuh Tadbir Urus
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Kegemilangan Negeri Sembilan Di Bawah Pentadbiran BN
- Aura Kemenangan BN Johor Jadi Pemangkin Kebangkitan Di Negeri Sembilan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sudah Tiba Masanya Akta Perlindungan Guru Digubal – Dr Asyraf
You must be logged in to post a comment.