Aura Kemenangan BN Johor Jadi Pemangkin Kebangkitan Di Negeri Sembilan
Aura Kemenangan BN Johor Jadi Pemangkin Kebangkitan Di Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Gelombang sokongan rakyat yang diterjemahkan menerusi kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Johor akan terus merebak ke Negeri Sembilan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Samasuddin Yusof berkata, sentimen kebangkitan BN yang diterjemahkan melalui kemenangan besar di Johor kini dilihat mula dirasai di Negeri Sembilan apabila rakyat semakin merindui pentadbiran BN yang terbukti mempunyai rekod cemerlang demi rakyat.
Katanya, kejayaan tersebut bukan sekadar kemenangan politik, malah membuktikan rakyat memilih sebuah kerajaan yang mampu menjamin kestabilan, kemajuan ekonomi dan masa depan yang lebih baik.
“Isyarat yang ditunjukkan rakyat Johor sangat jelas. Rakyat Negeri Sembilan juga dilihat merindui pentadbiran BN yang telah terbukti mampu membawa pembangunan, kestabilan dan kemajuan kepada negeri.
“Semoga angin gelombang daripada selatan ini akan terus bergerak ke Negeri Sembilan selepas ini dan saya berharap aura besar kemenangan BN di Johor akan turut dirasai serta dirindui oleh rakyat Negeri Sembilan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tanpa Dap, Melaka Mampu Bergerak Dengan Hala Tuju Lebih Jelas – Haryaty
- KUSKOP Terus Perkasa Usahawan Bumiputera Ceburi Sektor Bernilai Tinggi
PRN NS: Rakyat Jangan Lepaskan Peluang… Pentadbiran BN Terbaik
“Momentum kebangkitan BN akan menjadi pemangkin kepada kejayaan parti itu di Negeri Sembilan, sekali gus membuka lembaran baharu ke arah pentadbiran yang lebih stabil demi kepentingan rakyat,” katanya kepada UMNO Online.
Tambah beliau, penamaan calon PRN Negeri Sembilan pada 18 haribulan bakal menjadi medan penting untuk meneruskan kebangkitan tersebut.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kalabakan menegaskan, bahawa UMNO dan BN Sabah akan terus berdiri teguh di belakang perjuangan parti bagi memastikan momentum kemenangan itu tidak terhenti di Johor sahaja.

“Kami, khususnya daripada UMNO dan BN negeri Sabah, akan terus menyokong pergerakan gelombang baharu ini dan kita nantikan bersama-sama satu lagi kemenangan besar di Negeri Sembilan.
“Pengundi Negeri Sembilan diharap mengambil peluang pada PRN kali ini untuk memberikan mandat kepada BN bagi meneruskan agenda pembangunan serta memastikan negeri terus dipacu ke arah masa depan yang lebih baik,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Terus Santuni Mualaf, Masyarakat Orang Asli Menerusi Inisiatif Makmur Pahang
- Dap Keluar Kerajaan Tidak Jejas Pentadbiran Melaka – Ab Rauf
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Negeri Melaka Komited Perkasa Agenda Perumahan Demi Kesejahteraan Rakyat
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 1 Ogos sebagai hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan.
Manakala hari penamaan calon adalah pada 18 Julai dan tarikh pengundian awal pada 28 Julai. – UMNO Online
Aura Kemenangan BN Johor Jadi Pemangkin Kebangkitan Di Negeri Sembilan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketepikan Perbezaan… Bersatu Hati, Pastikan BN Kembali Terajui Negeri Sembilan
You must be logged in to post a comment.