Gelombang Biru Warnai Stadium Paroi, Persediaan Harungi PRN
Gelombang Biru Warnai Stadium Paroi, Persediaan Harungi PRN

SEREMBAN, 15 Julai – Gelombang biru membanjiri Perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi apabila dianggarkan kira-kira 15,000 penyokong dari seluruh Negeri Sembilan berhimpun sebagai simbolik kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Tinjauan mendapati rata-rata kehadiran daripada pelbagai kelompok masyarakat lapisan umur, sekaligus mencerminkan semangat serta komitmen untuk memberikan sokongan kepada gabungan itu menjelang hari pengundian.
Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon Barisan Nasional (BN) itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu BN bagi menyemarak semangat jentera parti dalam mengharungi PRN yang bakal bermula Sabtu ini.
Acara kemuncak menyaksikan ucapan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kemudian disusuli Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Pembahagian negeri angkat juga diberikan kepada setiap Parlimen bagi membantu sepanjang kempen PRN berlangsung.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Terus Santuni Mualaf, Masyarakat Orang Asli Menerusi Inisiatif Makmur Pahang
- Dap Keluar Kerajaan Tidak Jejas Pentadbiran Melaka – Ab Rauf
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Negeri Melaka Komited Perkasa Agenda Perumahan Demi Kesejahteraan Rakyat
Mohamad kemudiannya mengumumkan seramai 25 calon BN daripada keseluruhan 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Turut hadir Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias; serta kepimpinan parti kompomen BN.
Terdahulu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 18 Julai sebagai hari penamaan calon bagi PRN Negeri Sembilan, manakala pengundian dijadual berlangsung 1 Ogos. – UMNO Online
Oleh: Nurul Saadah Latib
Gelombang Biru Warnai Stadium Paroi, Persediaan Harungi PRN
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tanpa Dap, Melaka Mampu Bergerak Dengan Hala Tuju Lebih Jelas – Haryaty
- KUSKOP Terus Perkasa Usahawan Bumiputera Ceburi Sektor Bernilai Tinggi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN NS: Rakyat Jangan Lepaskan Peluang… Pentadbiran BN Terbaik
You must be logged in to post a comment.