Kerajaan Negeri Melaka Komited Perkasa Agenda Perumahan Demi Kesejahteraan Rakyat

Kerajaan Negeri Melaka Komited Perkasa Agenda Perumahan Demi Kesejahteraan Rakyat

Kerajaan Negeri Melaka Komited Perkasa Agenda Perumahan Demi Kesejahteraan Rakyat

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk terus memperkukuh agenda pembangunan perumahan yang berkualiti, selesa dan mampu dimiliki demi kesejahteraan rakyat.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau memaklumkan telah menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan portfolio perumahan sempena Persidangan Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas.

“Setiap isu yang dibangkitkan diberi perhatian sewajarnya dengan penjelasan berdasarkan dasar, perancangan serta tindakan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

“Komitmen ini mencerminkan usaha berterusan dalam memastikan agenda pembangunan perumahan di Negeri Melaka terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Jangan Lupa Janji!’, Armand Azha Ingatkan Nga Kor Ming


Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan negeri akan terus komited menyediakan perumahan berkualiti yang memenuhi keperluan rakyat, selain memastikan setiap inisiatif yang dirancang memberi manfaat kepada seluruh warga Melaka.

Manakala dalam catatan terdahulu di platform media sosial yang sama, Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput dan pernah menggalas amanah sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negeri Melaka, turut berbangga melihat kejayaan Karnival TVET Negeri Melaka 2026 yang mendapat sambutan luar biasa ketika ini.

“Tahniah kepada Kerajaan Negeri dan seluruh warga Negeri Melaka atas sokongan padu sehingga karnival ini berlangsung dengan begitu meriah.

“Sambutan hebat ini membuktikan TVET semakin diyakini demi membina masa depan dan kerjaya yang lebih baik buat anak muda,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

Kerajaan Negeri Melaka Komited Perkasa Agenda Perumahan Demi Kesejahteraan Rakyat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mohd Salim Ajak Semua Kembali Bersama UMNO, Perkukuh Kekuatan BN

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker