Ekonomi Rakyat Terus Diperkasa, UMNO Pasir Salak Santuni Masyarakat Setempat

Ekonomi Rakyat Terus Diperkasa, UMNO Pasir Salak Santuni Masyarakat Setempat

Ekonomi Rakyat Terus Diperkasa, UMNO Pasir Salak Santuni Masyarakat Setempat

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Khairul Azwan Harun meneruskan usaha menyantuni rakyat menerusi penganjuran pelbagai program kemasyarakatan.

Terbaharu beliau pada hujung minggu lalu berbesar hati bersama penduduk setempat menerusi Program Kenduri Santai Bersama AzwanBro serta Majlis Penyampaian Bantuan Anak Ayam di Sungai Dua dan Sungai Badak.

“Penyampaian bantuan anak ayam ini merupakan satu inisiatif bagi menggalakkan penduduk menceburi penternakan secara kecil-kecilan sebagai sumber makanan keluarga, di samping berpotensi menjana pendapatan tambahan serta meningkatkan taraf sosioekonomi isi rumah.

“Dalam kesempatan tersebut, seramai 20 orang penduduk menerima bantuan kotak makanan sebagai tanda keprihatinan dan usaha membantu meringankan beban yang ditanggung,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Selepas menunaikan Solat Zohor, beliau bersama kepimpinan kampung turut mengadakan ziarah kasih ke beberapa buah keluarga di Kampung Sungai Badak dan Kampung Sungai Jejawi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘RUU Kebebasan Maklumat Meningkatkan Akses Rakyat ’


Dalam siri ziarah ini, Khairul Azwan menyampaikan kotak makanan serta sumbangan tunai di samping bertanya khabar dan meninjau sendiri keadaan serta keperluan setiap keluarga yang diziarahi.

Ekonomi Rakyat Terus Diperkasa, UMNO Pasir Salak Santuni Masyarakat SetempatTurut hadir ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak, Mohd Yafiz Mustapa; Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Salak, Shamsuddin Yusuf dan Ustaz Mohd Muhammad Saibi; serta Pengerusi-pengerusi JPKK kawasan berhampiran.

“Semoga setiap bantuan yang disalurkan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya dan memberi sedikit kelegaan kepada para penerima.

“Insya-Allah, usaha memperkasa ekonomi masyarakat, menyantuni rakyat serta memastikan kebajikan mereka sentiasa terbela akan terus menjadi keutamaan,” ujar beliau. – UMNO Online

Ekonomi Rakyat Terus Diperkasa, UMNO Pasir Salak Santuni Masyarakat Setempat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Jangan Lupa Janji!’, Armand Azha Ingatkan Nga Kor Ming

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker