‘RUU Kebebasan Maklumat Meningkatkan Akses Rakyat ’

‘RUU Kebebasan Maklumat Meningkatkan Akses Rakyat ’

‘RUU Kebebasan Maklumat Meningkatkan Akses Rakyat ’

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan kerajaan kekal komited untuk melaksanakan reformasi institusi melalui penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Kebebasan Maklumat (Freedom of Information – FOI) 2026 yang telah dibentangkan bagi bacaan kali yang pertama di Dewan Rakyat pada hari ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata RUU ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus baik, di samping meningkatkan akses rakyat kepada maklumat rasmi Kerajaan secara teratur dan berlandaskan undang-undang.

“Kerajaan juga mengambil maklum pelbagai pandangan yang dikemukakan oleh pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan pihak berkepentingan berhubung beberapa aspek RUU tersebut.

“Pandangan ini mencerminkan komitmen bersama untuk memastikan undang-undang yang bakal digubal benar-benar memenuhi matlamat reformasi dan menepati amalan terbaik,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan akan mengemukakan usul untuk merujuk RUU Kebebasan Maklumat 2026 tersebut kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) yang akan ditubuhkan di bawah Peraturan Mesyuarat 81(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang dijangka pada esok.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Onn Hafiz Tidak Pernah Khianat – Ahmad Zahid


Katanya langkah ini akan membolehkan penelitian yang lebih menyeluruh terhadap setiap fasal Rang Undang-Undang melalui libat urus bersama Ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak serta pelbagai pihak berkepentingan.

“Pendekatan ini selaras dengan amalan Kerajaan MADANI dalam melaksanakan reformasi institusi yang besar dan kompleks yang bukan sekadar meluluskan satu undang-undang, tetapi membentuk sebuah kerangka perundangan yang komprehensif, seimbang dan diyakini rakyat.

“Reformasi yang baik ialah reformasi yang mampu bertahan, memperkukuh kepercayaan awam dan terus berfungsi untuk generasi akan datang demi kesejahteraan rakyat dan negara,” ujar beliau. – UMNO Online

‘RUU Kebebasan Maklumat Meningkatkan Akses Rakyat ’

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker