Rakyat Muak Fitnah Dan Politik Kebencian, BN Menang Besar Di Johor
Rakyat Muak Fitnah Dan Politik Kebencian, BN Menang Besar Di Johor

JOHOR BAHRU, 12 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menyifatkan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai satu referendum rakyat untuk menolak budaya politik fitnah, kebencian dan sikap bongkak yang semakin menular dalam arena politik negara.
Menurut beliau, keputusan rakyat Johor jelas membuktikan bahawa sokongan terhadap BN semakin kembali pulih kerana rakyat mahukan sebuah kerajaan yang stabil dan kepimpinan yang berhemah.
“Alhamdulillah, kita mencapai satu kemenangan yang cukup memberangsangkan. Terima kasih kepada seluruh pengundi di Johor yang telah memberikan isyarat jelas bahawa rakyat Malaysia kembali menyokong BN.
“Rakyat mahukan kestabilan dan tidak mahu lagi negara ini dicemuh dengan fitnah, kata-kata kesat serta sikap angkuh dalam politik. Keputusan ini adalah referendum untuk menolak budaya politik yang tidak sihat,” katanya kepada UMNO Online.
Mengulas kenyataan seorang pemimpin Dap, Nga Kor Meng yang sebelum ini berjanji untuk meletakkan jawatan sekiranya BN menang, Razlan berkata pemimpin tersebut wajar menunaikan janjinya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saat Akhir Kempen Jentera Perlu Kekal Fokus – Megat Zulkarnain
- Berhenti Persenda Syiar Islam, Pemimpin PKR Dibidas
- Kisah 10 Anak Yatim Perteguh Komitmen Wanita UMNO Sabah

“Ada yang pernah berjanji untuk meletakkan jawatan jika BN menang. Jadi, saya mengalu-alukan beliau untuk menunaikan janji tersebut.
“Bagi saya, budaya politik seperti ini sudah ditolak oleh rakyat Malaysia dan khususnya rakyat Johor. Kita tidak mahu politik yang dipenuhi dengan provokasi dan kenyataan bongkak,” tegasnya.
Mohd Razlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Seputeh berkata, mana-mana pihak yang ingin menjadi kerajaan perlu menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat, termasuk menjaga tutur kata dan mengamalkan politik yang matang serta berintegriti.
“Kalau kita mahu menjadi kerajaan yang baik, kita mesti menunjukkan contoh yang baik, bercakap perkara yang baik dan memberi nasihat yang baik kepada rakyat. Bukan datang ke Johor untuk menabur fitnah dan mencetuskan pelbagai persepsi negatif,” katanya lagi.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Johor, jentera BN serta parti-parti komponen yang bertungkus-lumus memastikan kemenangan tersebut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ambil Iktibar Peristiwa 2018, Terus Dekati Rakyat Demi Kemenangan
- Prestasi Terbukti, Rakyat Mahu BN Terus Tadbir Johor
- PRN: Nilai Rekod Prestasi Kerajaan Johor, Jangan Terpedaya Janji – Norshida
“Saya percaya keputusan ini adalah satu isyarat yang cukup jelas dan menjadi suntikan semangat kepada BN untuk terus bekerja keras demi kepentingan rakyat dan negara,” ujarnya. – UMNO Online
Rakyat Muak Fitnah Dan Politik Kebencian, BN Menang Besar Di Johor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN: Undi BN Demi Mandat Kukuh Johor
- Balik Mengundi, Pilih BN Demi Masa Depan Johor
- Dr Zambry Bidas Nga Kor Ming, Tegaskan Keputusan Jemaah Menteri Perlu Dihormati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.