PRN: Nilai Rekod Prestasi Kerajaan Johor, Jangan Terpedaya Janji – Norshida
PRN: Nilai Rekod Prestasi Kerajaan Johor, Jangan Terpedaya Janji – Norshida

SEGAMAT, 9 Julai – Naib Ketua Wanita UMNO Johor Datuk Norshida Ibrahim menyeru pengundi, khususnya golongan muda supaya menilai rekod prestasi Kerajaan Negeri Johor yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan tidak mudah terpedaya dengan janji-janji pemimpin yang hanya muncul ketika musim pilihan raya.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Segamat itu berkata, rakyat hari ini perlu membuat pilihan berdasarkan pencapaian yang telah dibuktikan, bukannya terpengaruh dengan persepsi atau janji-janji manis yang sering dimainkan menjelang hari pengundian.
“Semoga sokongan mereka ini melihat trek rekod kerajaan negeri yang telah membuat sehabis baik, menjaga kebajikan dan pembangunan infrastruktur di dalam Negeri Johor ini.
“Dan kita lihat juga bagaimana Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi telah melaksanakan tanggungjawab yang baik dan mendapat maklum balas ataupun respon yang baik di di kalangan pengundi-pengundi yang lain ataupun di kalangan daripada bangsa Johor itu sendiri,” katanya lagi.

Seterusnya, beliau turut mengingatkan bahawa ramai pemimpin hanya hadir ketika musim pilihan raya dengan menawarkan pelbagai janji, namun gagal menunjukkan komitmen berterusan kepada masyarakat selepas itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cikgu Syar’e Komited Selesai Isu Perumahan Generasi Kedua
- PRN Johor: Peluang Rakyat Hantar Mesej Tegas Kepada PH
Jafni Optimis BN Pertahan Bukit Permai, Tawan Bukit Batu Dan Senai
“Jangan menilai kepada mereka yang datang sekejap-sekejap menjanjikan bulan dan bintang, kemudian menghilangkan diri selepas pilihan raya. Nilailah mereka yang konsisten turun padang, mendengar masalah rakyat dan bekerja sepanjang masa,” katanya.
Dalam masa sama, Norshida berkata kepimpinan UMNO dan BN di Segamat telah lama mengamalkan budaya turun padang secara konsisten tanpa mengira musim pilihan raya, sekali gus membuktikan komitmen mereka kepada rakyat.
Beliau turut memaklumkan bahawa jentera Wanita UMNO akan terus memperhebat gerak kerja kempen dari rumah ke rumah sehingga malam terakhir bagi memastikan mesej BN sampai kepada setiap pengundi.
“Saya berharap segala usaha ini dapat meyakinkan rakyat untuk terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional demi memastikan Johor terus dipimpin oleh sebuah kerajaan yang kukuh, stabil dan mempunyai rekod prestasi yang terbukti,” katanya. – UMNO ONLINE
PRN: Nilai Rekod Prestasi Kerajaan Johor, Jangan Terpedaya Janji – Norshida
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saat Akhir Kempen Jentera Perlu Kekal Fokus – Megat Zulkarnain
- Berhenti Persenda Syiar Islam, Pemimpin PKR Dibidas
- Kisah 10 Anak Yatim Perteguh Komitmen Wanita UMNO Sabah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.