PRN Johor: Peluang Rakyat Hantar Mesej Tegas Kepada PH
PRN Johor: Peluang Rakyat Hantar Mesej Tegas Kepada PH

KULAI, 8 Julai – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan sekadar memilih wakil rakyat, sebaliknya peluang terbaik untuk rakyat menghantar mesej jelas kepada Pakatan Harapan (PH) yang didakwanya gagal menunaikan pelbagai janji selepas diberi mandat mentadbir negara.
Beliau berkata, berbaki tiga hari sebelum hari pengundian, suasana kempen yang semakin rancak serta sambutan menggalakkan daripada rakyat memberi keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) mampu mencipta kejutan di beberapa kerusi, termasuk mempertahankan DUN Bukit Permai selain merampas Bukit Batu dan Senai.
“Saya yakin pengundi di sini mahu memberikan mesej yang jelas bahawa janji-janji manis yang dibuat ketika Pilihan Raya Umum (PRU) lalu sehingga hari ini masih belum ditunaikan,” katanya.
Terdahuhulu beliau berucap dalam perjumpaan bersama masyarakat Daerah Kulai yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Kulai merangkap calon BN DUN Bukit Permai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor; calon BN Bukit Batu, R. Kumaran dan calon BN DUN Senai, Kiki Tai.
Menerusi ucapan terbabit, Onn Hafiz menggesa pengundi memberikan kemenangan dengan majoriti lebih besar kepada calon BN DUN Bukit Permai, Mohd Jafni, dan kemudiannya merampas DUN Bukit Batu dan DUN Senai.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Bidas PH… Politik Idea Dan Fakta, Bukan Fitnah Dan Auta
- Mohamad Hasan Rayu Pengundi Awal Kekalkan Sokongan Kepada BN Demi Kestabilan Johor
- Akta GSA Perlu Diubah, Isu Perumahan FELDA Perlu Diselesaikan – Ahmad Maslan
Onn Hafiz Bidas Naratif Dan Hasutan PH, PRN Johor Tiada Kaitan Bebaskan Najib
Pada masa sama, Onn Hafiz mendakwa kempen PH kini lebih tertumpu kepada serangan politik berbanding menawarkan penyelesaian terhadap isu yang membelenggu rakyat.
Menurutnya, pelbagai dakwaan termasuk kononnya kerajaan negeri tidak menyalurkan peruntukan kepada ADUN pembangkang hanyalah fitnah bagi mengelirukan pengundi.
“Mereka berkempen dengan menipu, menghasut dan menjanjikan bulan dan bintang. Sedangkan pelbagai masalah rakyat tidak disentuh, sebaliknya mereka lebih sibuk menyerang Johor dan kepimpinan negeri,” katanya.
Beliau turut mendakwa serangan peribadi terhadap dirinya, termasuk pelbagai tuduhan yang dilemparkan sepanjang kempen, bertujuan menutup kelemahan PH selepas gagal menunaikan manifesto yang pernah dijanjikan kepada rakyat.

“Mereka lagi suka serang Johor. Dikata saya budak-budak, sombong, tak cukup tinggi, angkuh dan macam-macam lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sambutan Hari Peneroka Bukti Penghargaan Kepada Jasa Warga FELDA
- Tolak Politik Habuan – Razlan
- PRN Johor: Pihak Lawan Kemaruk Isu – Mohamad Alamin
BN Johor Sudah Buktikan Prestasi, Mohd Jafni Seru Kukuhkan Mandat Rakyat
“Dulu mereka berjanji harga minyak akan turun, tol akan dimansuhkan, PTPTN tidak perlu dibayar dan apabila GST dimansuhkan harga barang akan menjadi lebih murah. Namun hari ini rakyat sendiri boleh melihat sama ada janji-janji itu telah ditunaikan atau sebaliknya,” katanya.
Menurut Onn Hafiz, walaupun PRN Johor tidak menentukan kerajaan Persekutuan, keputusan yang dibuat pengundi mampu menjadi isyarat politik yang kuat terhadap dasar-dasar yang dianggap semakin membebankan rakyat.
“Ini peluang rakyat Johor untuk menghantar mesej bahawa kita tidak mahu lagi ditipu dengan janji-janji kosong. Kita mahu sebuah kerajaan yang bekerja, menjaga kebajikan rakyat dan terus memelihara keharmonian negeri ini.
“BN akan terus menjadi pemimpin untuk semua kaum dan memastikan Johor kekal stabil serta terus maju,” katanya lagi.
Sebelum itu, kehadiran Onn Hafiz telah diiringi konvoi bermotor melibatkan 400 jentera muda BN yang kemudiannya disambut dengan kemeriahan masyarakat pelbagai bangsa di sini. – UMNO Online
PRN Johor: Peluang Rakyat Hantar Mesej Tegas Kepada PH
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Zaidi Japar Hargai Sokongan Jentera, Mohon Mandat Pengundi Rengit
- Fitnah Pembangkang Makan Diri, Rakyat Nilai Prestasi – Latif Bandi
- PRN Johor: AIRA Dilancar Perkasa Kempen Digital BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.